Wednesday, October 19, 2011

Politik seks

Politik seks: Hormati hak kanak-kanak
Percaya atau tidak, kita termasuk kanak-kanak seusia 16 tahun sudah diheret jauh ke dalam gelanggang politik binatang yang terlalu kejam dan terlampau kotor. Politik Malaysia tidak pernah lekang daripada perkataan ‘seks’ yang saya percaya, satu-satunya negara di dunia ini yang memiliki pentas politik berkonsepkan seks dan adegan ranjang.
NONEDan kita seolah-olah seronok dibuai-buai dengan keghairahan melihat semua ini tanpa sedikit pun perasaan malu dan hina sedangkan kita gah sebagai negara Islam dan negara yang mendaulatkan raja serta sultan.
Saya tidak tahu berapa ramai di luar sana terusik jiwa melihat kerakusan politikus pemerintah yang menjadikan anak Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai sasaran politik mereka yang teramat sukar untuk diterima akal pemikiran waras.
Mengapa pentas politik begitu jijik hinggakan kehidupan seorang kanak-kanak dijadikan taruhan politik pemerintah. Adakah kerana status quo dan hegemoni yang mereka miliki membuatkan mereka bertindak sedemikian?
Ironisnya, kita yang sedekahkan mereka status quo dan kekuasaan  itu dan  pada masa yang sama kita juga sengaja biarkan mereka memperlakukan apa jua pada mangsa mereka tanpa sedikit pun perasaan kemanusiaan.
Hak kanak-kanak
Kanak-kanak bukan sahaja merupakan penyambung generasi tetapi juga bertindak menjadi suatu asset yang penting dalam memastikan nadi pembangunan sosioekonomi negara membangun secara mapan pada masa hadapan.
azlanKanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001.
Atas dasar itu, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. CRC memberikan tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada beberapa aspek seperti  kelangsungan hidup (survival), perlindungan (protection), perkembangan (development) dan penyertaan (participation).
Malah, kepentingan kepada golongan kanak-kanak ini juga dengan jelasnya dapat dilihat dalam pernyataan Wawasan 2020 di mana institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan dalam usaha negara mencapai status negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan penyayang.
Sayangnya, sebagai sebuah negara pihak (state party) kepada CRC, golongan politikus yang mempunyai hubungan langsung dengan pemerintah gagal menunjukkan rasa prihatin dan komited terhadap tanggungjawab bersama untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak dilindungi dengan sewajarnya.
azlanMengheret seorang kanak-kanak yang hanya berusia belasan tahun dan kemudian menjadikannya sebagai bahan gurauan di kalangan para politikus pemerintah sememangnya membuktikan betapa rendahnya moral dan etika profesionalisme golongan ini.
Saya sukar memahami bagaimana selama ini kita biarkan golongan-golongan ini merajai segenap ruang politik negara!
Membisu seribu bahasa
Kenapa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan  Masyarakat hanya membuta dan membisu sedangkan dengan jelas ini isu ini jatuh di bawah skop kementerian berkenaan lebih-lebih lagi ini melibatkan hak seorang kanak-kanak yang tidak berupaya untuk bertindak mempertahankan diri daripada penderaan emosi yang diakibatkan oleh politikus-politikus pemerintah ini.
NONEJika menteri berkenaan hanya bertindak melihat isu ini daripada sudut politik sahaja maka kita sebagai rakyat juga harus bersama membuta dan membisukan diri dan kemudiannya meraikan hari kanak-kanak dengan penuh kepura-puraan seolah-olah kanak-kanak di negara ini bebas daripada cengkaman permainan politik kotor.
Masyarakat harus memahami bahawa memberikan ruang kepada para politikus dengan menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran politik kotor adalah sesuatu yang amat merbahaya kerana tindakan mereka bukan sahaja akan memberikan impak kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan tetapi juga kemungkinan untuk kanak-kanak berkenaan mengalami tekanan dari segi psikologi juga adalah tinggi.
NONEGelanggang politik di Malaysia adalah untuk mereka yang dewasa.
Biarkan kanak-kanak dengan dunia mereka sendiri. Saya bukan menulis ini atas prinsip sebagai penyokong pihak pembangkang tetapi atas dasar bahawa kanak-kanak juga mempunyai hak untuk dihormati dan dilindungi daripada sebarang perbuataan tidak bertamadun dan tidak bermanusiawi oleh sesiapa pun termasuk mereka yang memiliki  kuasa!

Penulis adalah pensyarah di Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak.ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Monday, October 3, 2011

Hantu Bonceng “Zizan” sahaja telah memohon maaf kepada semua.

Hantu Bonceng: Usah cepat halalkannya
Mohd Firdaus Mohamed Khairi
Okt 2, 11
3:04pm
Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya dikatakan selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

hantu bonceng the movieLembaga Penapisan Filem (LPF) juga menyatakan bahawa pihak lembaga tiada masalah dengan Filem Hantu Bonceng. Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.”

Malah penerbit filem itu juga menyatakan bahawa filem ini telah ditonton oleh empat ulamak sebelum filem ini diluluskan.

Di dalam semua watak ini. Hanya “Zizan” sahaja sebagai watak utama telah memohon maaf kepada semua.

Usaha Dewan Pemuda PAS sewajarnya dipuji kerana ketegasannya menarik perhatian khalayak masyarakat untuk sensitif terhadap isu mempersenda agama dalam hiburan. Namun begitu terdapat beberapa elemen yang terlepas pandang apabila diperhalusi isu ini khasnya didalam filem “Hantu Bonceng”.

NONEKebanyakan pihak hanya menumpukan satu isu sahaja iaitu isu kalimah tauhid berbanding pelbagai mesej yang cuba disampaikan di dalam filem ini. Keadaan ini berlaku apabila media hanya menggaris besar hanya satu isu sahaja mengenai kontravensi dalam filem ini.

Apabila saya membaca blog Ketua Dewan Pemuda PAS, jelas melihat beliau memperjuangkan isu ini dalam banyak sudut. Semua pihak wajar melihat isu ini daripada pelbagai sudut. Apa yang dikesali ialah apabila pertemuan antara kedua pihak di akhiri dengan penerimaan penjelasan daripada penerbit dan penerbit berasa bangga.

Sepatutnya pertemuan ini wajar diakhiri dengan resolusi. Apakah tiada pendirian tegas untuk memastikan isu ini tidak akan timbul lagi sedangkan penerbit dan pengarah ini sudah acapkali mempersendakan agama didalam filem-filemnya. Terutama filem seramnya.

Untuk lebih memahami isu ini mari kita lihat beberapa mesej yang cuba disampaikan dalam filem ini. Samada kita sedar atau tidak.
a. Menghalalkan tinggal serumah lelaki dan perempuan bukan mahram
Di dalam filem ini abang kepada kekasih “Zizan” tinggal berkesedudukan serumah dengan kekasihnya sehingga wanita itu hamil.
hantu bonceng the movieDi dalam filem ini tiada satu mesej yang menyatakan bahawa perkara ini salah. Malah wanita ini pada akhir cerita ini sanggup menunggu kekasihnya yang cedera parah selepas kemalangan seolah-olah perkara ini tidak salah.
Malah di dalam filem ini juga “Zizan” telah membantu adik kepada mangsa kemalangannya (yang menjadi hantu) tinggal serumah dengannya. Babak-babak ini seolah-olah memberitahu kita bahawa tidak mengapa tinggal serumah kerana terdapat bilik yang berasingan. Malahan mereka tinggal bertiga.
Mesej yang disampaikan seolah-olah tidak mengapa untuk tinggal serumah dengan mahram kerana niat kita untuk membantunya. Yang peliknya ketika ketika kekasih “Zizan” minta tolong daripada “Zizan” untuk menumpang dirumahnya kerana tidak lagi tinggal serumah dengan abangnya.
Boleh pula pengarah mengarahkan “Zizan” untuk menyebut dialog bahawa tinggal serumah itu haram. Nanti timbul fitnah. Tidakkah ini mempersendakan agama?
b. Saya kuat agama
Babak kekasih Kunyit yang menyatakan bahawa dia kuat agama. Ketika itu wataknya memakai tudung. Malah ada ketikanya dia begitu memarahi watak kekasih kepada abang kekasih “Zizan” kerana telah hamil seolah-oleh mencipta watak bahawa kuat agama yang penting adalah dalaman.
Tidak mengapa walaupun tidak menutup aurat dengan sempurna. Keadaan ini juga berlaku didalam filem gagal “Karipap-karipap cinta” Yang cuba menggambarkan walaupun bekas penuntul Al-Azhar, tetapi tidak mengapa untuk tidak menutup tudung/aurat dengan sempurna.
Saya tidak berniat untuk mengkritik mereka yang tidak bersedia untuk bertudung. Memang kita tidak tahu hati budi seseorang. Namun demikian sekurang-kurang mereka yang memakai tudung dengan sempuran telah mematuhi perintah Allah SWT yang memerintahkan kita menutup aurat dengan sempurna.
Dialog yang menyebut kuat agama tetapi tidak memenuhi syraiat yang telah diperintahkan jelas menyampaikan mesej yang mengelirukan umat Islam. Tidakkah ini mempersendakan agama?
c. Bergurau-senda terlampau di tempat ibadah antara mahram
Pada babak yang lain watak “Kunyit” yang sedang membantu bergotong royong di surau dilihat sedang bergurau dengan kekasihnya secara melampau. Tanpa mengira sesentiviti surau sebagai temapt ibadah umat Islam.
hantu bonceng the movieMereka mengenyit mata sambil kunyit mempamerkan otot-otot tangannya kepada kekasihnya.Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh adegan ini? Mungkin ada yang berpendapat kita tak perlu terlalu sensitif dengan perkara yang dianggap mungkin kecil ini. Tetapi sekira kita tidak mula sensitif dengan perkara yang dianggap kecil ini. Kelak perakara ini akan merebak dan parah. Tidakkah ini mempersendakan agama?
d. Mengucapkan kalimah syukur selepas membonceng bersama kekasih bukan mahram
Penonton yang telah menyaksikan filem ini pasti tidak akan terlepas menonton adegan ini. Dalam adegan ini jelas memperlihatkan “Zizan” mengucapkan ucapan “Alhamdulillah” yang bermaksud “Segala Puji Bagi Allah”.
Dialog di dalam adegan ini jelas diucap “Zizan” dengan sekuntum senyuman. Apakah penulis dialog dan pengarah filem serta penerbitnya tidak memahami maksud ayat ini?
Ucapan yang kita pelajari sejak kecil yang tidak memerlukan kita mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang agama ini pasti mudah kita fahami malah penonton yang mahu mengkritik adegan ini juga tidak perlu mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai kelulusan yang tinggi. Kanak-kana pra-sekolah juga dapat memahami maksud “Alhamdulillah” ini dengan baik.
Adakah kita perlu mengucap syukur setelah membuat perkara haram?. Agama memang mudah. Namun jangan kita permudahkan agama dengan sesuka hati mengikut kehendak nafsu kita. Tidakkah mengucapkan ucapan ini merendahkan agama. Tidakkah ini mempersendakan agama?
e. Menggunakan Bacaan Surah Al-Ikhlas untuk menumpaskan sihir nasi kangkang
Inilah kesalahan yang kerapkali digunakan oleh penerbit dan pengarah ini. Malah kebanyakan pembikin filem kerap menggunakan perkara ini untuk filem seram mereka.
NONENamun yang lebih menyedihkan pada kali ini ialah apabila surah yang mulia ini digunakan untuk menewaskan sihir nasi kangkang. Tidakkah adegan ini menghina dengan jelas agama,al-Quran dan surah al-Ikhlas itu sendiri.
Adakah layak adegan sehina ini disama tarafkan dengan surah al-ikhlas yang kedudukan ayat ini ialah sama dengan satu pertiga isi al-Quran. Takutlah kita dengan perbuatan yang melampau dan zalim seperti ini. Kita tidak mahu seringkali ayatsuci al-Quran digambarkan sebagai alat penghalau hantu sahaja.
Penggunaan secara meluas aspek agama sebagai komedi wajar dibendung
Saya sebagai penulis ingin memohon kemaafan andai banyak ayat di dalam tulisan ini kasar bunyinya. Namun kita tidak wajar melihat agama terus dilonggarkan lagi.
NONEFilem bercorak agama dan nasihat wajar tidak menjadikan agama sebagai bahan komedi. Jika mahu menjadikan filem agama menjadi komedi sekali pun. Biarlah senario kehidupan biasa dijadikan adegan lawak. Bukan kalimah agama,para ustaz dan ulamak, bukan pada ibdah, bukan syariat dijadikan bahan komedi. Kita tidak mahu filem komedi agama negara menjadi seperti filem komedi negara barat yang terus menjadikan para paderi mereka atau orang agama mereka sebagai bahan lawak.
Malah dalam salah satu cerita barat “Tuhan” juga dijadikan bahan lawak. Secara sedar atau tidak sedar ini semua adalah usaha secara halus untuk kita semua tidak menjadikkan agama sebagai jalan kehidupan.
Ini semua adalah jarum halus untuk mengakarkan faham sekularisme dalam minda kita semua. Memisahkan agama daripada kehiudpan kita tanpa sedar. Meskipun pengarah itu membuat jaminan bahawa para ulamak juga telah menonton filem ini sebelum diluluskan. Namun ini bukanlah jaminan bahawa filem ini bebas daripada unsur persendakan agama.
Dua kesan besar yang akan didapati apabila filem dan drama ditafsir sesuka hati oleh para pembikin filem.

1. Salah faham mengenai ajaran Islam sebenar terutamanya dari segi aspek Tauhid, Fekah dan Tasauf. Ketiga-tiga ciri ini adalah asas yang paling asas dalam ajaran Islam. Apabila Iblis dimenangkan, pergaualan bebas dibenarkan.
Tarbiyah seperti zikir dianggap sebagai simbol ajaran sesat. Maka akan rosaklah ajaran Islam yang sebenar. Ini memandangkan kuasa media yang sangat besar.

azlan2. Lebih membawa kerosakan. Hujah ini berdasarkan bahawa kebanyakkan filem atau drama ini cuba memaparkan betapa bahaya dan betapa dasyatnya apabila manusia membuat dosa. Malangnya filem dan drama inilah yang menunjukkan cara-cara untuk melakukkan dosa.
Terdapat juga adegan yang sebenarnya membahaya bahaya besar kepada negara secara khususnya. Seperti yang dinyatakan diatas bahawa terdapat filem dan drama yang mengajar penonton bagaiaman mahu membuat jenayah terancang seperti pencolekan, pembunuhan, rogol, penipuan malah cara untuk membuat bom.
Kesan ini sangat besar samada kesan jangka pendek ataupun kesan jangka panjang. Kesan salah tafsir ini sangat penting untuk dibendung.
Kesan besar media

Menurut Dennis Mcquail (1996:53) seorang tokoh didalam dunia media massa pernah menyatakan bahawa antara peranan media ialah.

1. Berperanan meluaskan pengalaman dan pandangan kita dan memungkinkan kita memahami apa yang terjadi di sekitar kita, tanpa campur tangan pihak lain atau sikap memihak.

2. Pentafsir yang menjelaskan dan memberi makna terhdap peristiwa atau hal lain yang terpisah dan kurang jelas.

3. Pemberi dan pengantar informasi dan pendapat.

4. Jaringan interaktif yang menghubungkan komunikator dengan penonton melalui berbagai kaedah interaksi.

5. Penunjuk arah yang menunjukkan arah, memberikan bimbingan atau arahan kepada penonton.

6. Penyaring yang memilih bahagian mana senario yang yang perlu diberikan perhatian khusus dan menyisihkan senario yang lainnya, baik secara sedar dan penyisihan dan pengambaran sistematik maupun tidak.

7. Cermin yang memantulkan citra masyarakat terhadap masyarakat itu sendiri, biasanya pantulan citra itu mengalami perubahan kerana adanya penonjolan terhadap segi yang ingin dilihat oleh para anggota masyarakat, atau sering pula segi yang ingin mereka hakimi atau kritik.

8. Tirai atau penutup yang menutupi kebenaran demi pencapaian tujuan propaganda atau pelarian daripada suatu kenyataan.

Membina Karya Hasanah
Ainon Mohd dalam buku beliau iaitu “Panduan Menulis Novel :Teknik Surah Yusuf” menggariskan bahawa terdapat beberapa garis besar yang perlu dijadikan panduan untuk membina karya Hasanah.
Karya Hasanah adalah dimaksudkan karya yang baik. Iaitu karya yang mampu memandaikan masyarakat dan memberi ilmu yang benar. Beliau menyatakan bahawa ciri-ciri karya tidak hasanah adalah seperti berikut.

1. Mempromosikan Idea yang mengatakan Tuhan tidak wujud.

2. Mempromosikan idea-idea yang tidak selaras dengan ajaran di dalam al-Quran dan hadis.

3. Menimbulkan kesan psokologi dan emosi yang menyebabkan timbul keinginan pembaca/penonton mahu melakukkan perkara yang dilaran al-Quran dan hadis.

4. Memberi kemenangan moral kepada si pendosa, yakni watak yang melakukan perbuatan salah.

5. Memberi status rendah kepada Islam manakala agama lain diberikan status yang tinggi dan mulia.
“Piawaian Filem Patuh Syariah”

Sudah sampai masanya filem negara perlu patuhi “Piawaian Filem Patuh Syariah”.

Oleh itu adalah wajar industri hiburan bertemakan Islam diadakan badan pengawas seperti JAKIM mengawal produk halal negara. Badan penilai ini bolehlah mempunyai ciri yang sama dengan FINAS yang melakukan penapisan filem yang sesuai ditayangkan di negara kita.
Filem atau drama yang ingin di tayangkan dalam kosnesp karya Islamik perlulah melepasi piawaian patuh syariah atau “syariah compliant”.

Saranan ini sangat penting memandangkan kesan media sangat besar terutamanya kepada generasi muda Negara. Kita tidak mahu fahaman mengenai syariah sebenar kacau bilau.
Konsep Sastera Patuh Syariah adalah konsep yang di ketengahkan oleh Ainon Mohd. Beliau banyak mengetengahkan teori Surah Yusuf sebagai panduan untuk menghasilkan sastera Islamik yang patuh syariah.
Seperti senario diatas , banyak keadaan senario drama dan filem bertemakan Islamik adalah tidak patuh syariah. Oleh yang demikian panel pengawasan untuk filem dan drama Malaysia perlu segera diwujudkan untuk memastikan kemurniaan dan kesucian Islam.
Sekarang adalah masa yang terbaik memandang banyak usaha pengeluar filem dan drama sedang menghasilkan filem dan drama bertemakan Islam dan seram tahyul.

(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya).
Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.
Al-A'raf : 51

Penulis adalah fellow penyelidik di Assembly of Intellectual Muslim (HAKIM) dan mantan Timbalan Presiden Kebangsaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Saturday, October 1, 2011

Tips utk 'facebookers' - work hard & work smart! Jangan memaki, jaga bahasa, dan jadilah penyebar maklumat

 FACEBOOKERS - 7 KESILAPAN YANG MERUGIKAN PAKATAN RAKYAT


3 Dzulka'edah 1432 H | 1 October 2011

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Terlalu ramai penyokong Pakatan Rakyat yang bersemangat menyokong PR dan memerangi BN; tetapi hanya membazir tenaga dan masa dalam FB dalam kerja yang nampaknya bersungguh benar tapi hakikatnya hanya 'merosakkan' sokongan terhadap PR. Di samping terdapat segolongan besar lagi yang malas memanfaatkan peluang menyebarkan maklumat secara mudah yang terhidang dalam FB.

Saya ingin mengguna kesempatan ruangan ini untuk membetulkan golongan yang hanya bekerja keras (work hard) tetapi tidak bekerja secara baik (work smart) di FB.

Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR:

 1. Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan. 

Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong PR tegar manakala mereka adalah penyokong BN tegar. Tiada siapa akan berubah.

Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas geram.

2. Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang untung.

3.Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: Najis Tun Razak, Wak Sembab (Muhyiddin Yasin), Hisham Aww, Khir Toyol. Ingat tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan rasional. Pihak lawan sering menggunakan N.ajis, Pork Nick, Aljuburi, Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. Biarkan, kerana ia 'sangat membantu' kita.

4.Jangan memaki hamun, eg. Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia terpengaruh dengan hujah dan fakta.

5.Jangan menyerang penyokong atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk berubah tapi jika kita menyerang penyokong BN secara borong, yang lemah pun akan terasa kuat.

Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu, penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat.

6.Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong PR, mereka hanya gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan BN kerana media yang berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca.

7.Masing-masing pemegang akaun FB mempunyai rangkaian rakannya tersendiri. Terlalu banyak bahan kempen yang sampai berupa nota, banner, kartun ataupun klip video. Lakukan 'share' (kongsi), hanya dengan satu sentuhan beribu rangkaian rakan kita akan memperolehnya. Lagi banyak maklumat yang sama disebarkan, lagi teguh kepercayaan orang terhadapnya. Sangat mudah untuk dilakukan mengapa tidak buat?


Hari ini ceramah tidak lagi mendapat sambutan seperti satu atau dua dekad lalu. Maklumat yang mudah diperolehi dari media baru mungkin menjadi sebab. Tenaga dan masa yang diperlu untuk mengatur satu program ceramah sangat besar. Tapi Tuan Guru Nik Aziz boleh 'berceramah' kepada lebih 400 ribu rakan mayanya hanya dengan sentuhan jari.


Kelebihan FB ialah rangkaian rakan-rakannya adalah golongan menengah dan terpelajar dalam masyarakat. Cakap mereka berwibawa dan didengari. Pengaruhi mereka, lalu biarkan mereka mempengaruhi masyarakat.