Siapa Lemahkan Melayu?
Seraya mengambil hasrat ini sebagai pembuka kata, saya lontarkan persoalan-persoalan berikut dalam meneliti liku-liku sebab-musabab kelemahan kita:
Siapa yang telah memerintah negara selama 54 tahun tanpa putus dengan menggunakan undang-undang keras anti-demokratik?
Siapa bersubahat dengan penjajah British menahan dan tidak berusaha membebaskan pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu daripada tahun 1948 sehingga 1957?
Siapa yang sengaja benarkan Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 dengan mudah?
Siapa lemahkan kuasa dan martabat raja-raja dengan pindaan perlembagaan pada 1993?
Siapa memberitahu seluruh rakyat bahawa raja-raja Melayu tidak relevan dan membahayakan bangsa pada tahun 1993?
Siapa yang menghasut agar semua harta Raja-Raja disiasat dan dirampas pada 1993?
Siapa yang melemahkan institusi kehakiman dengan memecat Ketua Hakim Negara dan meminda perlembagaan pada tahun 1988?
Siapa yang hancurkan UMNO Lama yang ditubuhkan tahun 1946 dan gantikan dengan UMNO Baru pada tahun 1988?
Siapa yang melemahkan kuasa politik Melayu dengan mengurangkan kerusi majoriti melayu melalui proses persempadanan semula semenjak 1999?
Siapa yang memberikan kerakyatan dan kad pengenalan biru kepada warga asing dengan mudah untuk undi?
Siapa lemahkan ekonomi Melayu dengan menjual RM50 billion daripada RM52 billion saham DEB semenjak 1970?
Siapa serahkan dengan mudah dan murah; Pulau Batu Putih dan tanah KTM ke Singapura dan Blok L dan M ke Brunei?
Siapa yang menjual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu dengan merubah status tanah kepada pegangan bebas (freehold) dengan mudah?
Siapa yang telah menenggelamkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad yang diwujudkan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965?
Siapa yang memberikan lesen judi yang bertentangan dengan Islam kepada syarikat swasta tauke seperti Genting, Berjaya Sports Toto dan lain lagi?
Siapa lemahkan penguasaan matematik dan sains anak melayu dengan mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan setelah berbelanja lebih RM6 billion dan 8 tahun sekarang mahu mengubah balik kepada Bahasa Melayu?
Siapa yang membebankan anak muda dengan hutang pendidikan tinggi melebehi RM 25 billion?
Siapa yang menyebabkan peluang pekerjaan anak muda berkurangan dengan dasar pengunaan buruh asing yang membantut kadar upah di pasaran buruh Negara?
Siapa galakkan harga barang naik berganda dengan membenarkan monopoli seperti Bernas dan amalan herotan pasaran yang hanya menguntungkan para peniaga berterusan?
Siapa bebankan rakyat dengan kadar bil letrik yang tinggi berbanding dengan Negara jiran yang bukan pengeluar minyak?
Siapa yang bertanggung jawab meluaskan lagi jurang pendapatan dengan ‘gini coefficient’ 0.492 yang kedua tertinggi di Asia dimana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin?
Siapa yang menjadikan harga kereta mahal dua kali ganda dengan dasar perlindungan otomotif yang membebankan rakyat dan menguntungkan industri otomotif?
Siapa bebankan rakyat dengan kadar tol lebuhraya yang tinggi sedangkan kutipan cukai jalan dan saman kenderaan mampu menampung pembinaannya tanpa tol?
Siapa yang membenarkan harga rumah bertambah tinggi sehinga 15 kali gaji tahunan berbanding piawaian antarabangsa dengan hanya 5 kali gaji tahunan?
Siapa benarkan syarikat-syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga hanya menjadi jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton?
Siapa yang untung daripada bakal penyenaraian 800,000 hektar tanah perladangan milik peneroka nanti dengan anak syarikat Felda yang rugi besar?
Siapa benarkan rangkaian stesen minyak Esso dijual bukan kepada LTAT yang wakili perajurit majoriti Melayu tapi dijual kepada syarikat arak San Miguel dari Filipina?
Siapa untung apabila hasil khazanah minyak negara akan diberikan kepada syarikat milik anak-anak pemimpin melalui skim lapangan minyak pinggiran (marginal oil fileds)?
Siapa untung apabila semua harta kerajaan seperti pelabuhan Pulau Pinang yang bakal diswastakan murah dan apabila rugi seperti Indah Water akan diselamatkan kerajaan menggunakan duit rakyat dengan harga tinggi?
Siapa yang menyebabkan kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa yang telah jatuh ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003?
Siapa yang membeli alat-alat pertahanan Negara seperti Kapal Selam (RM6 billion), kapal laut (RM9 billion) dan kereta perisai (RM6 billion) yang berlipat ganda dari harga biasa semata-mata untuk memperolehi komisen untung atas angin?
Siapa kekalkan 70% melayu terus miskin dengan pendapatan bawah RM3,000 sebulan sehinggakan majoriti 5.2 million yang dijangka dapat sumbangan RM500 daripada kerajaan adalah melayu?
Siapa yang kurangkan pengurusan dan peluang perniagaan Melayu dalam Petronas dan syarikat-syarikat GLC lain?
Siapa yang menyebabkan dan juga menerima faedah ketirisan ekonomi lebih RM1 trillion semenjak merdeka?
Siapa yang menambahkan lagi beban hutang negara bakal melebihi 50% KDNK yang mencecah RM500 billion yang digunakan untuk berbelanja boros membayar projek atau pembelian dengan harga yang sengaja diganda tinggikan?
Siapa yang menerima tapi pada masa yang sama tidak mahu mengaku menerima pinjaman dari Bank Dunia?
Siapa benarkan ekonomi Singapura, Taiwan dan Korea Selatan yang sama besar dengan Negara pada tahun 1960an merosot jauh ketinggalan sebanyak tiga kali ganda sekarang?
Siapa yang hidup mewah dengan mampu membeli kondo mewah, kereta mewah, pakaian fesyen mewah, perhiasan mewah, cincin mewah, percutian mewah dan gaya hidup serba mewah dengan gaji penjawat awam atau gaji menteri?
Siapa selalu meggunakan bahasa keras dan lucah untuk mengugut diludah serta memaki hamun orang dan bangsa lain?
Siapa gemar memperkudakan semua institusi dan agensi kerajaan untuk kepentingan sempit?
Natijahnya, kenalilah kita siapa penghasut, pembatu api dan pengkhianat Agenda Melayu sebenar. Dan bangkit mengganti kelemahan dengan kekuatan sebenar.(Kali pertama disiar dalam Sinar Harian 27hb Disember 2011)
No comments:
Post a Comment