Salam 2 all.
Semalam Isnin 19 Zulhijjah 1430/ 07 Disember 2009 saya telah membangkitakan beberapa isu berkaitan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan diperingkat jawatankuasa. Alhamdulillah YB Menteri sendiri hadir untuk membahas. Dan saya ucapkan tahniah kepada Menteri Wilayah Persekutuan iaitu YB Senator Dato' Raja Nong Chik kerana baru balik mengerjakan haji dan moga di anugerah haji mabrur.
Antara isu yang saya kemukakan adalah bagaimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh meluluskan pembangunan berbentuk komersial dan kompleks belibelah di tapak yang digazet sebagai "tanah simpanan masjid". Mengikut Kuala Lumpur Structure Plan 2020, tapak di kawasan yang hari ini dikenali sebagai kawasan Sri Hartamas bersebelahan dengan jalan besar telah digazetkan sebagai "tanah simpanan untuk pembinaan Masjid Desa Sri Hartamas".
Tau-tau kawasan itu sekarang sedang dibangunkan pusat komersial oleh syarikat Glomacs.
Saya terkejut apabila YB Menteri memberi jawapan bahawa memang benar kawasan itu dikenalpasti sebagai "Tanah Simpanan pembinaan Masjid Desa Sri Hartamas" didalam KL Structure Plan 2020. Namun setelah penyerahan oleh pemaju kepada kerajaan, tanah tersebut telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Oleh itu boleh dirumuskan daripada jawapan itu bahawa MAIWP telah menjual tanah tersebut kepada syarikat Glomac untuk dibuat pembangunan komersial.
Saya berasa sangat kesal dengan berlakunya perkara ini. Pada saya ini adalah pengkhianatan kepada umat Islam dan agama Islam. Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara menghendaki bahawa apa-apa projek pembangunan mesti ada kawasan yang diperuntukkan untuk pembinaan Masjid atau surau. Ini bersesuaian dengan Islam sebagai agama Persekutuan. Ini adalah untuk menjamin hak dan keistimewaan Islam sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
Adalah amat malang bagi umat Islam apabila tanah yang telah diperuntukkan untuk pembinaan masjid dijual. Walaupun ada alasan menyatakan sudah ada masjid yang berdekatan iaitu Masjid Wilayah Persekutuan, namun itu tidak menghalalkan tindakan menjual tanah simpanan masjid untuk tujuan komersial. Apa salahnya dibina sekolah atau hospital atau apa-apa pembangunan yang boleh membantu syiar dan da'wah Islam. Apatah lagi lokasi-lokasi strategik saperti di Sri Hartamas.
Saya percaya kalau penganut agama lain mereka tidak akan melepaskan peluang untuk membina rumah 'ibadah masing-masing walaupun berdekatan antara satu sama lain, apatah lagi dikawasan dan lokasi yang strategik. Ini adalah soal syi'ar agama!
Saya khuatir apabila saya mendapat satu lagi maklumat tentang penjualan tanah simpanan masjid di persimpangan Jalan Danau Kota/ Genting Kelang berhadapan dengan JPJ Wilayah Persekutuan berdekatan dengan kem Wardieburn. Maklumat yang saya terima tanah simpanan masjid ini telah dijual kepada sebuah syarikat bernama Mah Sing Bhd. Malahan saya telah menerima beberapa maklumat lain tentang penjualan beberapa tanah simpanan masjid, termasuk ada penjualan tanah waqaf kepada syarikat asing yang bukan tujuan syarie'.
Cuba bayangkan kawasan-kawasan yang dibuat simpanan tanah masjid ini
adalah dikawasan bandar, lokasi yang strategik dan tumpuan ramai. Cuab bayangkan contohnya dikawasan Sri Hartamas itu dibina masjid untuk kaum tionghua contohnya, dengan imam cina, program dalam bahasa cina. Apatah lagi kalau khutbah dalam bahasa mandarin. Cuba bayangkan kesannya kepada masyarakat sekeliling Hartamas. Bukankah ini akan meningkatkan syi'ar dan dakwah Islam. Sudah berapa lama persatuan Muslim Cina saperti MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association) meminta tanah untuk dibangunkan Masjid Tionghua. Apa salahnya tanah simpanan masjid saperti di Sri Hartamas itu diserahkan kepada persatuan saperti MACMA untuk dibangunkan Masjid Tionghua?!
Cuba bayangkan sahabat dan saudara kita di Filistin yang terpaksa menggadai nyawa dan membayar dengan darah mereka untuk mempertahankan masjid mereka iaitu Masjid Al Aqsa (gambar diatas). Lihat apa jadi dengan masjid-masjid di Switzerland yang akan menerima nasib malang apabila pungutan suara dibuat meluluskan usul untuk merobohkan minaret-minaret di masjid-masjid di Switzerland. Dan kita bangsa Melayu beragama Islam di Malaysia dah diberi tanah yang mahal dan strategik, percuma pulak tu..dan kita senang-senang menjual dan menggadai tanah-tanah masjid ini!! Kalau kita tidak malu dengan ALLAH pun, malulah dengan saudara-saudara kita di Filistin, Bosnia, Switzerland, India dan banyak lagi tempat yang telah berkorban dengan begitu hebat untuk mempertahankan masjid-masjid mereka!
Oleh itu, saya mendesak supaya MAIWP segera memberi penjelasan iaitu:
1. berapa banyak tanah simpanan Masjid atau tanah waqaf yang telah dijual, digadai atau diserahkan bukan untuk tujuan pembinaan masjid atau yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam;
2. apa rasional penjualan atau penggadaian tersebut dibuat;
3. mengapakah tidak dibina masjid atau sekolah agama atau pusat perubatan Islam atau lain-lain kemudahan atau infrastruktur yang bersesuaian dengan syariah dan syiar Islam;
4. mendedahkan berapakan hasil yang telah diperolehi daripada penjualan atau penggadaian tanah-tanah simpanan masjid atau tanah waqaf ini;
5. kemanakah hasil-hasil jualan ini dipergunakan;
Saya juga mendesak dikaji semula kuasa MAIWP untuk menjual atau melelong tanah-tanah ini. Sebaliknya hendaklah diadakan sekatan kepada geran tanah yang dikeluarkan bahawa "tanah ini tidak boleh dipindahmilik, dijual, digadai atau dilelong melainkan untuk tujuan pembinaan masjid dan yang berkaitan dengannya".
Saya juga mendesak bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hendaklah menjadikan sebagai suatu dasar bahawa apa-apa tanah yang telah dijadikan reserve masjid tidak boleh dikeluarkan apa-apa perintah pembangunan (development order) untuk membangunkannya kecuali untuk pembinaan masjid dan yang berkaitan dengannya.
Saya juga mendesak supaya semua tanah simpanan masjid atau waqaf yang telah dijual, dilelong dan digadai oleh MAIWP dikaji dan disemak semula untuk tujuan pembatalan dan semua perintah pembangunan yang telah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk pembangunan selain daripada pembinaan masjid hendaklah dibatalkan dan projek yang sedang berjalan hendaklah dibekukan serta-merta.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
20 Zulhijjah 1430 / 08 Disember 2009
Wednesday, December 9, 2009
(MAIWP) JUAL "Tanah Simpanan pembinaan Masjid Desa Sri Hartamas"
Pengarah JAIS mabuk kuasa
JAIS Bertindak Lagi
http://www.khalidsamad.com/2009/12/jais-bertindak-lagi.htmlMaka apakah mungkin, Pengarah JAIS melihat seolah-olahnya beliau sedang berada di satu kedudukan yang begitu kukuh dan merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja dengaan sesuka hatinya tanpa adanya apa-apa implikasi terhadap dirinya. Kuasa yang diperolehinya dirasakannya mutlak tetapi hakikatnya masyarakat sedang menilainya.
| Yang Berbahagia Dato' Mohammed Khusrin bin Haji Munawi | |
Mohammed Khusrin bin Haji Munawi | |
| Pengarah JAIS | |
| Dalam pejabat 2009 – 2011 |
Melihat tindakan Pengarah JAIS yang seolah-olah mabuk kuasa ini, banyak persoalan yang menjadi tanda tanya:
- Sedalam mana ilmu agamanya untuk menempelak Akhil Hayy sebegitu rupa? Bukankah beliau juga hanya berkelulusan ekonomi, seorang pegawai PTD, bekas DO dan pembantu politik kepada Tan Sri Muhammad Taib?
- Tidakkah benar bahawa beliau ditarik masuk sebagai Pengarah JAIS pada zaman Khir Toyo dengan tujuan menyekat gerakan dakwah yang sedang giat berkembang di Surau dan Masjid di seluruh Negeri Selangor pada ketika itu yang turut menghasilkan pertambahan sokongan bagi PAS di dalam PRU yang lalu?
- Tidakkah benar bahawa beliau juga yang bertindak tegas menguncikan Surau Seksyen 8 selama 8 bulan sehingga ahli Qariyah terpaksa ke Seksyen 11, 6 dan 4 untuk kegiatan keagamaan mereka? Ini dilakukan semata-mata kerana lanjutan dari Ahli Qariyah yang ingin AJK Surau dipilih oleh mereka sendiri. Adakah tindakan seperti ini demi mengukuhkan pegangan ummat Islam kepada agama Islam atau hanya sekadar demi kepentingan politik UMNO?
- Tidakkah beliau ingin melihat usaha dakwah berkembang dan tersebar luas, mampu menarik sebanyak mungkin rakyat dari setiap lapisan masyarakat? Tidakkah beliau sedar bahawa orang seperti Akhil Hayy mampu menarik perhatian pemuda pemudi yang tidak tertarik kepada pendekatan ustaz-ustaz yang lain?
- Tidakkah beliau sedar bahawa kerja dakwah ini wajib ke atas setiap Muslim? Walaupun dakwah ini perlu dilakukan mengikut kemampuan masing-masing namun ianya perlu diusahakan. Tidakkah beliau sedar bahawa tindakan beliau menyekat usaha dakwah? Adakah itu sahaja kepakaran beliau?
Sekiranya ingin diletakkan KPI kepada Pengarah JAIS yang sediada, amat jelas beliau telah gagal memenuhi keperluan ummat Islam dewasa ini. Beliau tidak mempunyai wawasan dan kaedah yang jelas berhubung cara untuk menarik perhatian ummat Islam, khususnya generasi muda, untuk menghayati Islam dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Beliau juga tidak menunjukkan minat untuk menarik minat orang bukan Islam terhadap kebenaran dan kehebatan Islam. Bukan Akhil Hayy yang sepatutnya dihalang. Sepatutnya beliau yang sepatutnya dihalang dari terus merosakkan imej Islam melalui tindakan-tindakan yang mencerminkan kesempitan akalnya.
Berkaitan: Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak berceramah (Utusan)
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Monday, December 7, 2009
BTN 'program maksiat' INDOKTRINISASI MENYIMPANG
INDOKTRINISASI YANG MENYIMPANG WAJIB DIBETULKAN
Lim Kit Siang pula menggesa kerajaan agar menutup terus BTN. Pelbagai reaksi muncul dari beberapa pemimpin UMNO yang rata-ratanya menghentam pembangkang sehingga ada yang menyifatkan pembangkang sebagai pengecut kerana takut dengan BTN. Ada pula yang mendakwa bahawa pembangkang sengaja memperbesarkan isu ini untuk menutup masalah dalaman mereka yang semakin parah. Dalam pada itu, beberapa bekas pemimpin kerajaan yang kini berpihak kepada pembangkang tampil untuk mendedahkan agenda perkauman di sebalik kursus-kursus yang dianjurkan oleh BTN. Dalam pada segelintir pemimpin UMNO cuba mempertahankan BTN habis-habisan agar dikekalkan modul yang sedia ada, jelas terdapat percanggahan pendapat sesama mereka di mana setengah yang lain bersetuju bahawa modul BTN perlu diubah. Nazri Aziz kemudian tampil mengumumkan bahawa kurikulum BTN akan diubah agar lebih mendekati matlamat 1Malaysia dan mesra kepada semua kaum [UM 01/12/09]. Sebenarnya beberapa Menteri, termasuklah Perdana Menteri sendiri yang sudah tidak senang duduk dengan pendedahan ini. Siapa tidak tahu tentang propaganda UMNO menerusi BTN, apatah lagi para peserta yang pernah mengikuti kursus tersebut? Selama ini kerajaan berjaya menutup kebusukan BTN, bukan kerana tidak ada pihak yang bersuara, namun suara mereka tidaklah sebesar suara kerajaan negeri Selangor. Kini, walaupun bau busuk BTN telah terdedah, namun masih tetap ada pihak yang bertegas cuba menutup dan mempertahankan kebusukannya.
Biro Tatanegara adalah sebuah agensi kerajaan yang ditugaskan untuk melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Di antara objektif utama program anjuran BTN adalah pemupukan patriotisme ke atas semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat. Dengan cogankata, “Bersama Mencipta Kegemilangan”, visi utamanya adalah untuk organisasi awam yang unggul di dalam memupuk semangat patriotisme serta menjadikan rakyat setia kepada kerajaan [www.btn.gov.my]. Di antara kandungan kursusnya adalah kenegaraan, ketaatan kepada pemimpin dan kedaulatan undang-undang. Lagu warisan atau lebih terkenal dengan lagu ‘anak kecil bermain api’ sudah tidak asing lagi berkumandang di hampir kesemua programnya. Kursus BTN juga sering menaikkan sentimen Melayu dan mendedahkan ancaman (terhadap bangsa Melayu) lalu menyeru orang-orang Melayu memberi ketaatan penuh kepada pemimpin walaupun korup agar tanah air tidak tergadai. BTN turut diguna untuk menjelas dan mempertahankan semua dasar yang dibuat oleh kerajaan. Ia disokong dengan pelbagai maklumat yang dilihat relevan. Semua dasar yang dilihat merugikan orang-orang Melayu ‘diolah’ dan dikatakan mempunyai maksud yang tertentu dan ia dilakukan untuk kepentingan rakyat. Pendek kata, di dalam BTN, semua peserta akan dijelaskan bahawa semua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah betul dan benar belaka, maka semuanya harus taat dan patuh, jangan mengkritik atau melawan! Itulah matlamat agung BTN.
Haram Taat Di Dalam Perkara Maksiat
Taat kepada penguasa Muslim adalah wajib berdasarkan nas yang jelas. Namun demikian, perlu diperhalusi (juga dengan nas) pemimpin yang bagaimanakah yang wajib ditaati? Ini kerana, Islam tidak pernah mengajar untuk taat kepada pemimpin dengan membabi buta sebagaimana ‘ajaran’ dalam BTN, tetapi Islam meletakkan syarat bahawa ketaatan dilakukan kepada pemimpin selama mana pemimpin tersebut mentaati Allah dan Rasul, tidak memerintah untuk melakukan kemaksiatan dan tidak menampakkan kekufuran yang nyata. Sekiranya pemimpin tidak memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, maka tidak ada dengar dan tidak ada taat. Dengan kata lain, kewajiban taat kepada seseorang pemimpin itu telah dikecualikan oleh satu keadaan, iaitu apabila ia memerintah dengan kemaksiatan. Apabila seorang penguasa memerintah kepada kemaksiatan, tidak boleh (haram) untuk mentaatinya dalam hal kemaksiatan tersebut. Ini kerana, nas telah mengecualikan hal tersebut sebagaimana hadis dari Nafi’ dari Ibnu Umar dari Nabi SAW, baginda bersabda,
“Mendengar dan mentaati seorang Muslim (tetap wajib) sama ada dalam hal yang disukai dan dibenci, selagi tidak diperintahkan berbuat maksiat. Apabila dia berbuat maksiat, maka dia tidak boleh mendengar dan tidak boleh mentaatinya”.
Maksudnya, apabila seseorang itu menyuruh kalian untuk melakukan kemaksiatan, maka tidak ada lagi ketaatan terhadapnya, baik dia adalah seorang pemimpin atau ibubapa kalian sekalipun. Sabda Rasulullah SAW yang lain,
“Tidak ada (kewajipan) taat pada makhluk dalam hal berbuat maksiat kepada Allah” [HR Muslim].
Inilah satu-satunya kondisi yang dikecualikan dari ketaatan kepada seseorang manusia (termasuk kepada pemimpin) iaitu dalam perkara yang memaksiati Allah. Justeru, sebagai Muslim, ‘standard’ yang wajib kita gunakan di dalam menilai program BTN adalah, sama ada ia mengandungi perkara-perkara maksiat atau tidak. Dari pengakuan dan penjelasan yang diberikan oleh kerajaan sendiri, apatah lagi oleh mereka yang pernah mengikuti program ini, ia jelas menjurus kepada maksiat kerana program ini menyemai rasa cinta kepada bangsa dan negara iaitu dengan kata lain menyemai perasaan assabiyyah dan wathaniyyah yang jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Indoktrinisasi agar mentaati pemimpin secara membabi buta juga jelas merupakan satu bentuk kemaksiatan kepada Allah, kerana para pemimpin yang ada memerintah dengan sistem sekular dengan menerapkan undang-undang kufur ke atas kita semua. Tidak melaksanakan syariat Islam ke atas kaum Muslimin merupakan bentuk kemaksiatan terbesar berbanding maksiat-maksiat lainnya, kerana dari sinilah punca lahirnya segala maksiat lain yang begitu banyak di dalam negara.
Memuhasabah Pemimpin Adalah Wajib
Islam bukan sekadar mengharamkan mentaati pemimpin yang memerintah dengan maksiat, malah Islam mewajibkan ke atas umatnya untuk melakukan muhasabah (menegur dan membetulkan) pemimpin yang mengerjakan keharaman tersebut. Haram dan berdosa bagi setiap Muslim yang berdiam diri di atas kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin. Penguasa wajib dimuhasabah apabila mereka menyeru kepada maksiat, merampas hak-hak rakyat, mengabaikan kewajiban-kewajiban rakyat, melalaikan salah satu urusan rakyat, menyimpang dari hukum-hukum Islam, atau memerintah dengan hukum selain yang diturunkan oleh Allah. Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Umi Salamah, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Akan ada para pemimpin, lalu kalian akan mengetahui kema’rufannya dan kemungkarannya, maka siapa sahaja yang membenci (kemungkaran)nya dia akan bebas (dari dosa), dan siapa saja yang mengingkarinya dia akan selamat. Tetapi siapa sahaja yang rela dan mengikutinya (dia akan celaka). Mereka bertanya, ‘Tidakkah kita perlu memerangi mereka?’ Baginda bersabda, ‘Tidak, selama mereka masih menegakkan solat (hukum Islam).”
Dari Abi Sa’id Al-Khudri yang menyatakan, Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan itulah (dengan hati) selemah-lemah iman”.
Riwayat ini menjelaskan lagi maksud hadis sebelumnya bahawa Rasulullah SAW telah memerintahkan agar mengingkari seorang penguasa, bahkan wajib mengingkarinya dengan sarana apapun yang boleh digunakan, yang bertepatan dengan syara’, baik dengan tangan ataupun dengan lisan, dan sekurang-kurangnya dengan hati. Hadis-hadis ini menunjukkan wajibnya menegakkan amar ma’ruf dan nahi munkar. Kerana itu, hadis-hadis ini menjelaskan hukum wajibnya memuhasabah kemaksiatan yang dilakukan oleh penguasa. Selain itu, terdapat begitu banyak hadis yang menyentuh tentang penguasa secara khusus, yang bermaksud ta’kid (penguatan) peri pentingnya kewajiban melakukan muhasabah terhadap penguasa. Dari Umu ‘Atiyah dari Abi Sa’id yang menyatakan, Rasulullah SAW bersabda,
“Sebaik-baik jihad adalah (mengucapkan) kata-kata yang haq di hadapan penguasa yang zalim.”
Ini merupakan nas khusus berupa muhasabah yang wajib dilakukan terhadap seorang penguasa, dalam bentuk perintah ke atas setiap Muslim menyampaikan kata-kata yang haq kepadanya. Maka perjuangan untuk meluruskan para penguasa yang merampas hak-hak rakyat, atau mengabaikan kewajipan-kewajipan mereka kepada rakyat, atau yang menyuruh kepada maksiat, atau yang menerapkan hukum-hukum kufur, hukumnya adalah fardhu ke atas setiap Muslim. Allah SWT telah memfardhukannya, bahkan Rasulullah meletakkannya seperti jihad, malah sebaik-baik jihad sehingga seakan-akan baginda bersabda, sebaik-baik jihad di sisi Allah adalah perjuangan menentang penguasa yang zalim [Taqiyuddin an-Nabhani, Nizamul Hukmi Fil Islam].
Rasulullah SAW telah mendorong setiap Muslim agar menentang para penguasa yang zalim, bukan mentaatinya, walau apapun ancaman yang bakal menimpa di dalam rangka melakukan kemuliaan ini, walau hingga mengakibatkan seseorang itu terbunuh sekalipun. Rasulullah SAW bersabda,
“Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah, serta seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim, lalu dia menasihatinya, kemudian dia dibunuh (oleh penguasa tersebut)” [HR al-Hakim].
Hadis ini merupakan bentuk pengungkapan yang paling tegas, yang mendorong setiap orang yang beriman agar berani menanggung segala risiko, sekalipun risiko kematian, dalam rangka melakukan muhasabah terhadap para penguasa demi meluruskan penguasa yang zalim itu. Dan ganjaran yang paling besar (mati sebagai sayyidu syuhada’) menanti pelakunya.
Terdapat segelintir umat Islam yang keliru dalam mentaati pemimpin yang menyeru kepada kemaksiatan, kerana salah memahami hadis berkenaan pemimpin yang mendirikan ‘solat’. Auf Bin Asyja'i berkata,
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sebaik-baik pemimpin kalian adalah mereka yang kalian cintai, dan mereka pun mencintai kalian; mereka mendo'akan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Seburuk-buruk pemimpin kaian adalah mereka yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.’ Ditanyakan kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah, tidakkah kita perangi saja mereka itu?’ Baginda menjawab, ‘Jangan, selama mereka masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian.”
Mereka yang keliru, memahami ‘solat’ dengan erti sembahyang. Justeru, mereka berhujah bahawa kita wajib mentaati pemimpin selagi pemimpin mengerjakan sembahyang. Walhal yang dimaksud dengan ‘menegakkan solat’ dalam hadis di atas adalah ‘memerintah dengan Islam’, iaitu menegakkan seluruh hukum syara’. Ungkapan ‘ma aqamu fi kum as-solah’ (‘menegakkan solat’) adalah merupakan pembahasan majaz (analogi) iaitu ‘Itlaqul juz'i wa iradatul kulli (menyebut sebahagian tertentu dengan maksud keseluruhan). Seperti firman Allah, ‘fa tahriru raqabah’ (‘maka merdekakan hamba’) [TMQ al-Mujadalah (58):3], yang dimaksudkan adalah memerdekakan hamba secara keseluruhan, bukan hanya raqabah (hamba mukatab) sahaja. Tidak menegakkan solat atau tidak melaksanakan solat dalam hadis yang berkenaan, maksudnya adalah tidak memerintah dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, atau memerintah dengan hukum-hukum kufur, sehingga penampakan kekufuran tersebut tidak meragukan lagi [Taqiyuddin an-Nabhani, Nizamul Hukmi Fil Islam].
Terdapat juga pandangan oleh mereka yang keliru bahawa memuhasabah pemimpin hendaklah dilakukan secara sembunyi-sembunyi dengan menarik tangan mereka ke belakang. Walhal berdasarkan banyak hadis (termasuk yang telah dibincangkan pada perenggan awal di atas), Rasulullah memerintahkan bahawa muhasabah kepada pemimpin wajib dilakukan secara terang-terangan. Malah generasi awal Islam telah membuktikan hal ini. Diriwayatkan semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, seorang wanita memuhasabah tindakan Umar yang melarang wanita meminta mahar (mas kahwin) yang tinggi dan bagi yang telah mendapat mahar yang tinggi harus mengembalikannya. Wanita tersebut lalu memuhasabah Umar kerana menetapkan sesutau yang bertentangan dengan Al-Quran (surah an-Nisa’:20). Umar, dalam kapasitinya sebagai Khalifah, lalu terus mengakui kesilapannya dan membenarkan perempuan tersebut. Umar juga pernah di muhasabah secara terang-terangan dalam hal pembahagian ghanimah berupa kain buatan Yaman. Masing-masing mendapat sehelai kain secara adil. Tetapi Umar sendiri nampaknya memakai kain tambahan untuk gamis yang dipakainya. Salman Al-Farisi mencelah di saat Umar sedang berkhutbah,
“Kami tidak akan mendengar dan mentaatimu sehingga engkau menjelaskan dari mana engkau mendapat tambahan kain untuk gamismu?” Umar menjawab, “Jangan engkau terburu-buru mencelaku.” Lalu Umar memanggil anaknya Abdullah bin Umar dan berkata, “Aku bertanya kepadamu, dengan nama Allah, bukankah gamis yang aku pakai ini adalah bahagian hadiah darimu?” Abdullah bin Umar berkata, “Benar wahai Amirul Mukminin, itu adalah bahagianku yang aku hadiahkan kepadamu.” Salman lalu berkata, “Kalau begitu, teruskanlah khutbahmu, kami akan mendengar dan mentaatimu” [Syeikh Abdul Aziz al-Badri, Al-Islam Baina al-Ulama’ wa al-Hukkam].
Beginilah hebatnya kaum Muslimin ketika itu dengan kewajiban memuhasabah pemimpin, juga hebatnya ketaqwaan seorang pemimpin di dalam menerima muhasabah dari rakyatnya. Muhasabah dilakukan secara terbuka dan langsung tidak timbul soal menarik tangan ke belakang.
Berdasarkan nas-nas, kita dapat memahami bahawa memuhasabah pemimpin itu boleh dilakukan dengan pelbagai uslub (cara/teknik) sama ada secara bersembunyi (tertutup), berhadapan secara terang-terangan, melalui penulisan, CD, ceramah, masirah (demonstrasi aman) dan sebagainya. Perbuatan memuhasabah, melalui apa cara sekalipun (yang syar'i), adalah wajib dan jauh lebih baik daripada sekadar hanya memendamkan kebencian dalam hati (bi al-qalb). Haram hukumnya berdiam diri atau tidak melakukan apa-apa, dan lebih buruk, sekiranya mengkritik atau menghentam orang yang melaksanakan kewajipan memuhasabah ini.
Khatimah
Wahai pemimpin kaum Muslimin! Sesungguhnya indoktrinisasi yang kamu lakukan ke atas rakyat dengan menanamkan sikap assabiyyah dan wathaniyyah adalah haram. Indoktrinisasi agar rakyat mentaati kamu secara membabi buta juga adalah haram. Berhentilah dari segala kemaksiatan yang kamu lakukan dan janganlah kamu memaksakan kemaksiatan tersebut ke atas rakyat. Buanglah keegoan kamu dan tundukkanlah hawa nafsumu kepada hukum Allah. Sesungguhnya orang yang jauh lebih mulia dari kamu tidak pernah ego kepada rakyatnya dan senantiasa menundukkan dirinya kepada Allah. Ingatlah tatkala orang yang mulia tersebut berucap, di saat beliau dilantik menjadi Khalifah selaku pemimpin tertinggi umat Islam sedunia, katanya, “Apabila tindakan aku benar, maka ikutilah aku dan apabila aku menyimpang, maka luruskanlah aku”, seorang hamba Allah berkata dengan lantang sambil menghunuskan pedangnya ke arah sang pemimpin, “Wahai Umar! Sekiranya engkau menyimpang, maka pedangku inilah yang akan meluruskanmu”. Lalu dijawab oleh sang pemimpin agung sambil tersenyum, “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan keberanian kepada seorang hambaNya, yang bersedia meluruskan Umar dengan pedangnya.” Sungguh, alangkah indahnya apabila ada pemimpin dan rakyat seperti ini.
Friday, December 4, 2009
The most expensive flop ever?
Avatar cost £300m to make... but is 'Dancing With Smurfs' going to be the most expensive flop ever?
By Alison Boshoff
Last updated at 11:08 PM on 03rd December 2009
The story of Avatar - the new film from Titanic director James Cameron, and reputedly the most expensive ever made - will ring true to anyone who has ever felt so much as a twinge of guilt about their own carbon footprint.
It is the 22nd century and Earth has run out of its natural resources. It is now little more than a desert, without vegetation, wildlife or minerals.
But a newly discovered planet, Pandora, is a lush, exotic world which possesses everything we need, so a ruthless mining corporation hatches a plan to strip it bare and save the Earth while making billions for themselves.
Feeling blue: Computer-generated aliens in Avatar
'To sum it up, it's about ecology and greed,' says Sigourney Weaver, who dyed her hair red to play a botanist in the film. 'It took me a while to grasp what I was getting into, but then I realised no one has ever made a fantasy film like this before.'
Cameron himself is convinced cinema-goers will want to see it at least four times - hopefully quadrupling its box office potential.
'People will see the movie because they are curious,' he says. 'Then they'll go back to make sure they saw the fantastic things they thought they saw.
'By then, they'll be ready to see it for the third time - just to enjoy it - then a fourth time to savour the full experience.'
Certainly, the Hollywood executives who bankrolled this sci-fi juggernaut laden with 3D effects are hoping that Cameron's optimism is well placed.
Sam Worthington morphed into Na'vi, one of the blue-deer-like creatures who populate the world of Pandora
For although the Fox studio indicates that Avatar cost around £180million - some £30million more than Cameron's previous epic, Titanic - Tinseltown gossip says the true cost was a staggering £300 million, thanks to re-shoots and Cameron's constantly changing ideas.
It's no wonder that everyone connected with movies is waiting to see what the box office figures look like when Avatar comes out on December 18.
Some believe a movie about an alien culture of giant blue humanoids can never make a profit, while others think it will save the film industry from the threats of DVD piracy and static ticket sales.
Someone, rather unkindly, has dubbed this long, po-faced epic Dances With Smurfs, after Kevin Costner's over-long po-faced epic Dances With Wolves.
Is Cameron's ambitious project likely ever to recoup its investment? Titanic, which cost around £150 million to make, was forecast to be a massive flop. And the prediction, when the film came out 12 years ago, was that it was going to lose at least £60 million at the box office.
In the event, it was the most lucrative film ever released, making a staggering £1.1billion and winning 11 Oscars to boot.
Critics may have carped about Titanic's hackneyed storyline and saccharine sensibility, but it was a globally loved phenomenon.
Like all James Cameron films, Avatar is a huge gamble, with audiences at early previews ecstatic at the 3D technology - less enamoured of his environmentally conscious sci-fi world
It personally enriched Cameron - a five-times married movie obsessive with a reputation for throwing the shoutiest tantrums in Hollywood - by an estimated £60million.
So why has Avatar, which has its London premiere next week, cost so much to make? It is Cameron's first feature film since Titanic and the price tag mostly reflects the fact that he wanted to make a photo-realistic sci-fi epic film in 3-D.Sigourney Weaver is the only well known actor
This 'live action' epic is about two-thirds computer generated and one-third real, and uses the most advanced motion capture technology.
There are only 37 cast members - all unknowns except for Sigourney Weaver - but there is a roll-call of thousands of digitally-created characters.
Much of the technology was created just to make the filming possible, and Cameron says his team had to invent dozens of new techno-phrases to describe the processes involved.
In fact, when he came up with the idea for Avatar 14 years ago, he was told it was an impossible dream, because the technology needed to make it come true didn't exist.
Describing the making of Avatar as 'computer graphics hell', he added: 'We were trying to create a world from scratch, working with computer generated characters that are photorealistic. That's tough. We set the bar high.'
The project was conducted with Cameron's customary mania for perfection, using close-up cameras so sensitive they could detect muscles moving under the skin of the actors' faces.
Each shot was captured by up to eight cameras simultaneously and the images were then turned into aliens. The final effect is said to be so convincing that you could be looking at actors in make-up rather than digitally created beings.
And every scene had to be shot twice on 3D cameras to make the film work in three dimensions.
The film's production designer, Rick Carter, says the created reality is vital to the success of the film.
'The real challenge is whether you feel the emotion coming through from the characters.
When you look into those eyes, do you feel the connection is real?'
Cameron's movie Titanic took 2.5 years to produce, cost $200m to make and took $1.8 billion worldwide to become the biggest-grossing film of all time
It was Carter's job to create the fantasy planet Pandora, according to Cameron's specifications. One of the many spectacular features is that the planet lights up at night.
Cameron had seen a bioluminescent world when he was deep-sea diving during the making of Titanic, and so, for added realism, hired a professor of plant physiology, Jodie Holt, to help create the plant life on Pandora, which had to be toxic to humans but support vegetation.
Another academic, Professor Paul Frommer, of the University of Southern California, was paid to create a language for the tribe of 10ft tall blue aliens, called the Na'vi, who live on Pandora.
Frommer, a linguistics expert, spent four years working on the language, and said: 'I could have let my imagination run wild and come up with all sorts of weird sounds, but I was limited by what a human actor could actually do.'
The Na'vi language as he created it has more than 1,000 words, with a grammar of its own. The actors even had a voice coach, the renowned Carla Meyer, to help with pronunciation.
Frommer hopes it will have 'a life of its own' in possible prequels and sequels and that fans of Avatar may even trouble to learn it, as some Star Trek fans have studied the Klingon language. A Na'vi dictionary is already available online.
Some early scenes, such as the one where Jake wakes up as an Avatar, were shot in real sets - partially, James Cameron admits, to save money
Meanwhile, Sigourney Weaver is at pains to point out that the film will appeal to a much wider audience than sci-fi fans.
'In its way, it is an old fashioned kind of movie but with a seamless modern technology. It is a big, swashbuckling epic romance - the sort of story that has brought audiences into the cinema for almost 100 years.'
Because humans cannot breathe on Pandora, the SecFor mining company which sets out to pillage the planet creates human-alien hybrids, called Avatars.
The hero, Jake Sully, played by Australian actor Sam Worthington, is a paraplegic former Marine who volunteers to take part, blissfully unaware of the corporation's plans to steal Pandora's resources.
However, Jake is accepted into the Na'vi world, and falls in love with Princess Neytiri (Zoe Saldana). He learns to respect the Na'vi culture, which puts him at odds with SecFor, as they gear up to assault and take over Pandora itself in a massive final battle scene.
Worthington, 30, was unknown outside Australia, where he had made a few art films. 'I met James Cameron to discuss the film and discovered that his personal heroes weren't actors - they were scientists. That got me hooked.'
Worthington's take on Avatar is simplistic. 'It's a great film, and a story that isn't so far-fetched because we all know that we're bleeding our planet dry. Maybe it will make people realise that Earth needs saving from itself before it's too late.
'But we're not preaching - It's just a rattling good story.'
Some critics say it's a 'horrible film' - overinflated, hard to watch and ridiculous. There are also complaints that the Na'vi just don't work cinematically and that it's all a shade absurd.
But Leo Barraclough, of the entertainment industry magazine Variety, says he doesn't think such brickbats will affect its commercial appeal. 'It is one of the most anticipated films of recent years and I don't think it will much matter what the critics say.
'It is 12 years since Titanic, and James Cameron is a big movie maker, so people are going to want to see it because of that.
'Cameron is known for quality film making, with energy, intelligence and detail. Avatar has also been marketed very cleverly via the internet and tie-ins with MTV and Coca Cola and so on.'
James Cameron's epic new 3D sci-fi adventure is the story of a distant planet, Pandora, being exploited for its precious resources, and features both live action and pioneering digital animation
More than one million people have logged on to the online trailer, and ticket presales are apparently phenomenal.
Rather unusually, Fox has sought to whet public interest in Avatar with special showings at IMAX cinemas around the world of a 16-minute extended trailer.
The marketing assault includes product tie-ins with McDonalds and the Coca-Cola Company, who are Fox's promotional partners: Coca Cola, for example, has produced 140 million cans of Coke Zero which, when held up to a webcam, will show a helicopter taking off.
Action figures and vehicles are being made for the global market by Mattel. They all contain i-Tags which show content and info when held up to a webcam. And a video game in 3D is already on the market.
It's all very clever, but will Avatar make its money back? Whether it's £180million, as the studio says, or £300 million as the grapevine has it, the film still needs to sell a lot of tickets.
To put this into context, big effects-laden movies such as Spider Man 2 and Pirates of the Caribbean cost around £150 million to make.
Fox, however, is able to stay calm about its financial exposure - because the costs have been split with two other investors. Dune Capital Management and Ingenious Film Partners are paying for about two-thirds of the production costs.
And Fox will also get a 15 per cent tax rebate from New Zealand, where all the live-action sequences and most of the effects were done, which is expected to return around £15 million.
Cameron has agreed to delay his profit participation until Fox and its investors recoup their costs. Perhaps he is so confident because Avatar will benefit from the higher ticket prices charged by 3-D theatres.
There are high hopes that it will help to continue the 3-D revolution, which is bringing audiences back into cinemas, and that it will push the sales of Blu ray discs next year when it is released.
Fox's co-chairman Tom Rothman describes Avatar as 'a creatively ambitious movie that is fiscally prudent'. It's clear that he is already thinking about a sequel. 'When you can move the popular culture, particularly with something newly created, that's a path to tremendous success,' he says.
Thursday, December 3, 2009
B T N
| Cerita di sebalik tabir BTN | ||
|
Itulah antara isu-isu yang dibangkitkan sewaktu program pembinaan negara dijalankan oleh Biro Tatanegara (BTN), yang pernah diikuti seorang pelajar tahun empat jurusan ekonomi, Fakhrul Zaki Fazial.
"Mereka (jurulatih) juga mengkritik pembangkang dan menganggap kritikan mereka sebagai patriotik," tambahnya.
Ketua pelajar Universiti Malaya, Mohd Ridzuan Mohammad, yang pernah menghadiri program BTN pada 2004 berkata, malah terdapat ceramah yang mendakwa bahawa kaum lain menjadi ancaman kepada orang Melayu.
Menurutnya, BTN tidak seharusnya membangkitkan sentiman perkauman yang akan mencetuskan perpecahan kaum.
Katanya, ini kerana program tersebut boleh mempengaruhi sesetengah pelajar yang hadir berhubung ideologi perkauman tersebut.
Chin Shin Liang, seorang bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menghadiri program BTN pada Disember 2008, turut berkongsi pengalamannya.
"Kami ditunjukkan klip video perhimpunan Bersih dan kemudian gambar negara Palestin yang dilanda perang dengan keterangannya: Apakah ini yang kita mahukan?... Kita juga ditunjukkan seorang pemprotes (tidak dikenalpasti) membaling batu," katanya.
Sambil menyifatkannya sebagai "amat berat sebelah", Chin berkata: "Ia tidak menyatakan siapa pembaling batu itu, (dia) mungkin seorang Mat Rempit yang mahu berseronok atau polis yang melakukan provokasi terhadap pemprotes dengan menggunakan meriam air."
Katanya, jurulatih juga mengajar bahawa kerajaan BN dipilih oleh rakyat dan oleh itu ia merupakan kerajaan yang sah, tetapi tidak berusaha untuk membezakan parti politik dan kerajaan.
"Ini jelas mengelirukan kerana ia menjadi peraturan bahawa agensi-agensi kerajaan harus bersikap berkecuali dan berkhidmat sepenuhnya kepada negara (bukan hanya parti/gabungan tertentu)," katanya.
Ianya seolah-olah menyatakan bahawa kerajaan BN 'mewakili' negara ini dan harus ditaati tanpa dipersoalkan, katanya.
Sementara itu, Fakhrul menyuarakan keraguannya mengenai pemilihan jurulatih BTN.
"Saya fikir sesetengah jurulatih tidak layak kerana mereka begitu beremosi dan tidak intelektual dalam ceramah mereka.
"Jika pelajar tidak bersetuju dengan pandangan jurulatih, mereka akan memarahinya di depan semua orang," katanya.
Sementara itu, sesetengah pihak merasakan bahawa kursus BTN telah dikecam secara tidak adil.
Semalam, satu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'bekas peserta kursus BTN' mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur untuk menyatakan pandangan mereka.
Beliau menafikan bahawa modul BTN menyemai kebencian terhadap kaum lain, tetapi menurutnya, BTN mengajar peserta saling menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Oleh itu, katanya, adalah tidak adil untuk menyatakan bahawa BTN cuba mewujudkan perpecahan, sedangkan ia hanya mengajar mengenai sejarah rasmi negara ini.
Pemikir Sejagat
32. Anwar Ibrahim
for challenging the Muslim world to embrace democracy.
Opposition leader | People's Justice Party | Malaysia
Two decades ago, it would have been impossible to imagine Anwar pulling together rural Malays, ethnic Indians and Chinese, and Islamists into a coherent political bloc. Back then, Anwar was deputy prime minister in a de facto single-party state that espoused preferential treatment for ethnic Malays. It was a policy that Anwar had pushed from his days as a youth leader right up until 1997, when he denounced his patron, then-Prime Minister Mahathir Mohamad, for corruption. He would spend the next six years in solitary confinement on trumped-up charges for that political betrayal. And he would leave jail in 2004 with a bold message for change in a country now at the forefront of the struggle for democracy in the Muslim world. Today, Anwar's political career is blossoming, despite a new, politically motivated indictment. Abroad, he has become an outspoken advocate of religious tolerance.
He sat down with Foreign Policy to talk about his big ideas:
On Muslim countries and the West: You can't just erase a period of imperialism and colonialism. You can't erase the fault lines, the bad policies, the failed policies, the war in Iraq, and support for dictators. That to me is the reality. But what is the problem? When you … apportion the blame only to the West or the United States. They want to deflect from the issue of repression, endemic corruption, and destruction of the institutions of governance.
On his time in prison: I spent a lot of time reading. I decided to focus on the great works and the classics. Friends from around the world were sending books, but it takes months for [the prison] to vet them. There came a book on the Green Revolution at that time. The officer said, "Anything revolution -- out!" even though it was about agriculture. But the books kept coming. The officers were not even graduates, and [the books] were in English. They would say, "Anwar, out of 10 books, can you send back one?" So I would select something I had already read or something I was not interested in and say, "We should reject this."
On politics: Of course, you simplify the arguments [for politics], but the central thesis remains constant. People say, "Anwar, you are opportunistic. How can you talk about Islam and the Quran here, and then you talk about Shakespeare and quote Jefferson or Edmund Burke?" I say, it depends on the audience. You can't talk about Edmund Burke in some remote village in Afghanistan. Then you go to Kuala Lumpur and you quote T.S. Eliot. If I quote the Quran all the time to a group of lawyers, [they will think] I am a mullah from somewhere!
Doa 'bala' untuk Penzalim
| Penzalim yang degil wajar didoa bala - Ulama |
| M Faqih & Salmah Mat Husain |
| KOTA BHARU, 2 Dis: Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah kepada orang yang membuat kezaliman bukan sesuatu kesalahan. Bagaimanapun ia adalah pilihan terakhir selepas pihak yang melakukan kezaliman itu tetap berdegil selepas pelbagai kaedah lain digunakan. "Doa itu senjata orang mukmin, tidak menjadi satu kesalahan dibaca selepas orang Islam sendiri menganiayai orang Islam lain. "Dipanjatkan doa semoga dibuka pintu hati dan kalau tetap berdegil juga dipohonkan kepada Allah supaya ditimpa sesuatu musibah kepada mereka," katanyai disini semalam. ![]() Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendoakan diturunkan musubah kepada mereka yang menzalimi rakyat negeri itu ekoran keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang royalti minyak. Rakyat Kelantan katanya sedang dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak dan itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak boleh dimaafkan. Doa menurunkan bala kepada orang yang zalim katanya tidak lebih sebagai satu ugutan agar mereka gerun dengan janji Allah dan terbuka pintu hati untuk mengembalikan semula hak orang lain. "Doa seperti itu tidak lebih sebagai satu ugutan atau peringatan kepada pihak yang cuba membuat zalim seperti disebut Tok Guru Nik Abdul Aziz," katanya lagi. Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sirah zaman Nabi Muhammad saw memperlihatkan bagaimana baginda memanjatkan doa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas kaum Quraisy Mekah yang menganiaya baginda dan menentang dakwah Islam. Ekoran itu katanya Allah Taala telah menurunkan kemarau selama tujuh tahun sehingga wujud asap dari langit. ![]() Kata beliau adalah wajar didoakan semoga dibuka pintu hati orang yang cuba membuat aniayai kepada rakyat Kelantan supaya menunaikan tanggunggawab mereka. Selain itu beliau juga menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat. Dewan Ulama katanya menyambut baik saranan Mursyidul Am Pas itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu. Dalam kenyataan tiga muka surat bekas anggota Exco kerajaan negeri itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibuka pintu hati pihak yang terbabit sehinggalah hak rakyat mendapat royalti minyak itu ditunaikan. "Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ihsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun," katanya. Mengenai kepimpinan Menteri Besar, Mohamad berkata Dewan Ulamak berpendirian menyokongnya mengekalkan kepemimpinan dalam kerajaan dan parti. "Buat masa ini Tok Guru Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbirannya. Ketokohan dan gaya pemerintahannya menjadi contoh yang terbaik sehingga disegani kawan dan lawan," katanya. |

