Tuesday, June 23, 2009

Ketakutan tidak bertempat: Juara Akademi Nasyid di GAM

http://pahangdaily.blogspot.com/

Eksklusif: Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan Rupanya Kini Telah Digam Dan Terpaksa Promosi Sendiri Album Terbarunya Ke Seluruh Negara !!

KUANTAN [3.40 pm] - Biarpun mengecapi kejayaan dan memenangi hadiah wang tunai RM100,000, hasil kejuaraannya dalam rancangan realiti Akademi Nasyid di TV9 2008 namun tiada yang tahu bahawa Ustaz Azhan Atan rupanya kini telah di"gam" oleh pihak media, termasuk RTM dan TV9 sendiri. Menurut Azhan, beliau merasa amat terkilan biarpun kontraknya dengan TV9 masih berbaki dua tahun namun kini segalanya bagai sekadar "kontrak" semata-mata. Sedangkan kelibatnya dihalang untuk muncul dalam mana-mana siaran terbitan stesyen TV milik Media Prima itu. Ia mungkin berikutan kelibat beliau yang sering muncul dalam program-program anjuran PAS sejak akhir-akhir ini. Biar pun beliau tidak berceramah politik dan hanya sekadar mengadakan persembahan hiburan semata-mata, namun ketakutan tidak bertempat pihak-pihak berkenaan menyebabkan beliau disingkirkan. Kami sempat bertemu beliau dalam satu program Gabungan penceramah, penasyid dan blogger Malam Kesenian Islam anjuran PAS Taman Tas dekat sini malam tadi. Dalam program yang diadakan di Markas PAS Taman Tas itu, Ustaz Azhan telah mendendangkan beberapa buah lagu dari album terbaru beliau yang sedang berada di pasaran sekarang ini. Malah, beliau turut mengalunkan beberapa buah ayat suci Al-Quran dan berselawat dalam program itu.

Biarpun kehadiran orang ramai tidak seperti yang dijangkakan kerana faktor cuaca, namun beliau telah berjaya mengadakan persembahan dengan baik serta menghiburkan orang ramai yang hadir malam itu. Program yang turut menampilkan ceramah oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad itu turut menampilkan krew kami Blogger Cucumatkilau sebagai Pengacara jemputan. Turut hadir ialah Ustaz Yusof Embong, Ketua PAS Kawasan Paya Besar. Ketika ditemui, Ustaz Azhan berkata katanya. "Biarpun agak terkilan dengan sikap pihak media kepada saya, namun saya terima dengan seadanya. Malah, lebih mengecewakan ialah album baru saya yang bertajuk Ku Milik Mu telah dilancarkan tanpa sebarang sidang media seperti kebiasaannya. Album yang sudah berada dipasaran itu diterbitkan oleh Hijjaz Records dan diedarkan oleh Warner Music. Ia menampilkan beberapa buah lagu ciptaan anggota kumpulan Hijjaz sendiri""Atas tekanan pihak kerajaan, majlis pelancaran album ini tidak diadakan. Ini menyebabkan saya terpaksa turun padang untuk mempromosikan album tersebut tanpa sokongan pihak media. Apapun, saya tetap tabah menghadapi dugaan ini" tambah beliau lagi dengan nada yang agak serius dan terharu.

Sementara itu menurut Ustaz Yusof Embong "Di antara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta mengenakkan telinga, ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam, selama tidak dicampuri omong kotor, cabul dan yang kiranya dapat mengarah kepada perbuatan dosa. Dan tidak salah pula kalau disertainya dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu. Bahkan disunatkan dalam situasi gembira, guna melahirkan perasaan riang dan menghibur hati, seperti pada hari raya, perkahwinan, kedatangan orang yang sudah lama tidak datang, saat walimah, aqiqah dan di waktu lahirnya seorang bayi". (Ulasan di Blog Ustaz Yusof Embong). Kami amat terkejut dengan maklumat yang mengatakan Ustaz Azhan telah digam oleh media arus perdana sebenarnya. Justeru itu, kami menyeru kepada peminat seni hiburan nasyid tanahair dan seluruh dunia untuk memberikan sokongan padu kepada Ustaz Azhan. Caranya dengan membeli album terbaru beliau yang kini sudah berada di pasaran sekarang. Anda boleh dapatkan di kedai-kedai kaset yang berdekatan mulai sekarang. Sokongan semua akan memberi harapan baru buat penyanyi nasyid ini untuk terus berjaya di persada muzik nasyid tanahair nanti.

[Kami amat terkejut melihat Ustaz Azhan turut melakukan sendiri segala urusan yang berkaitan dengan persembahannya, termasuk mengemas barangan yang berkaitan. Sesungguhnya hiburan alternatif yang dibawa oleh beliau yang merupakan aktivis PAS sejak sekian lama itu dapat memberi sinar baru kepada industri hiburan nasyid di negara kita. Sokongan padu daripada semua pihak amatlah dialu-alukan bagi menyokong beliau. Kami juga mengambil peluang untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada PAS Taman Tas atas daya usaha membawa persembahan Ustaz Azhan ke Kuantan malam tadi. Seharusnya program seperti ini dapat diperbanyakkan lagi ke seluruh negara. Mungkin dengan cara itu, ia dapat memberikan sedikit imbuhan yang berguna kepada beliau. Dalam majlis itu juga PAS Taman Tas turut mengumumkan pelancaran laman blog mereka iaitu www.tamantassyabab.blogspot.com. Justeru itu, kepada semua bolehlah melayari laman blog PAS Taman Tas ini untuk mengetahui segala aktiviti terkini program mereka].
http://pahangdaily.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment