Friday, November 6, 2009

63,182 kereta hilang (2004 - Mei 2009)

Senator hilang kereta selepas bawa isu curi di Dewan Negara

Nov 5, 09 5:44pm
Soalan pertama yang dikemukakan Senator Ng Fook Heng selepas dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada persidangan penggal
kedua Dewan Negara 9 Julai lepas ialah berkenaan usaha serius kerajaan untuk membanteras kegiatan mencuri kereta.

Malangnya, selepas hampir empat bulan, kereta miliknya jenis Toyota Fortuner yang juga dijadikan kereta rasmi selepas dilantik sebagai senator pada 6 Mei lepas, dicuri awal pagi ini.

"Pada pagi tadi, kira-kira 7.10 pagi, saya dapati kereta berkenaan yang diletakkan di tempat meletak kereta di rumah saya di Jalan Air Puteh, Kuantan, hilang.

"Kunci pintu rumah saya juga diikat dengan dawai, dan saya percaya ianya dilakukan bagi menghalang saya untuk keluar rumah jika saya menyedari kejadian curi itu," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.

Ng, yang juga pengerusi MCA bahagian Paya Besar, berkata beliau percaya kejadian itu berlaku selepas tengah malam tadi.

"Saya pernah bangkitkan isu ini di Dewan Negara, dan ia juga soalan pertama saya selepas dilantik sebagai senator.
http://www.mca.org.my/Chinese/GE2008Candidate/NG%20FOOK%20HENG.jpg
YB Senator Ng Fook Heng
"Menurut jawapan menteri dalam negeri ketika saya bertanyakan soalan itu, mengikut statistik tahun 2004 sehingga Mei 2009, sebanyak 63,182 kereta pelbagai model dilaporkan hilang.

"Saya harap kerajaan benar-benar serius untuk menangani kejadian ini," katanya.

Sebelum beredar untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Ng mendapati kereta yang dipinjam daripada rakannya untuk bertemu pemberita turut disaman pihak Majlis Perbandaran Kuantan kerana tidak meletakkan kupon letak kereta.

"Malangnya hari ini, tadi hilang kereta, sekarang ini kena saman pula," katanya berseloroh. BERNAMA

No comments:

Post a Comment