Umno membisukan ulama
http://episodeperjuangan.blogspot.com/ |
1. Kesempatan saya menziarahi bumi Sana'a dimanafaatkan sepenuhnya untuk bermujaalasah bersama ulama' - ulama' al amilin yang hebat dan terbilang di Yaman . Insyaallah , saya akan ceritakan kemudian beberapa mutiara ilmu dan berkongsi pengalaman berharga dengan sahabat - sahabat sekelian. 2. Ulama' adalan insan yang dimuliakan oleh Allah swt dengan ilmu dan keperibadiannya yang menepati ilmu yang dimiliki . Pun begitu , sebahagian ulama' ada yang mendapat kemurkaan dan kutukan Allah swt lantaran mereka mengkhianati ilmu yang dimiliki. 3. Menjual agama demi mendapatkan habuan dunia , mendiamkan diri tatkala berdepan maksiat dan mungkar , menyembunyikan kebenaran dan bertindak tidak berasaskan ilmu adalah contoh pengkhianatan terhadap ilmu Islam . Ulama' yang mengkhianati ilmu dan agama Islam ini turut digelar sebagai ulama' as Suu' [ jahat ] atau Syaithan Akhras [ bisu ] . 4. Sehari dua ini riuh rendah negara dengan berita kononnya 100 ulama' yang bertaraf sarjana dan memiliki Phd akan menyertai Umno . Berita ini sekali lagi menjadi fenomena sensasi negara, mungkin untuk menghiburkan rakyat yang sedang menderita ekoran peningkatan kadar jenayah dan kemungkaran yang melampau atau mengalih pandangan rakyat dari isu - isu negara [ seperti : rasuah , judi dll ] yang menuntut kesedaran dan kebangkitan mereka untuk membuat perubahan . 5. Umno dan BN adalah sebuah parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan mereka malah aktiviti mereka kadangkala tidak menghiraukan dosa dan pahala . Bahkan kerajaan yang mereka pimpin juga sering menganjurkan kemungkaran tanpa sedikitpun rasa bersalah sebaliknya mereka pertahankan segala dasar yang bertentangan dengan wahyu Allah swt . 6. Ulama' sebagai institusi yang hampir dengan agama dan dekat pula dengan Allah swt sewajarnya arif dan faham , dimanakah wajarnya untuk menempatkan diri mereka agar diredhai oleh Allah swt . Mereka jua selayaknya bijak menilai flatform manakah sesuai untuk mereka berperanan dan menjalankan tugas mengimarahkan ilmu yang mereka miliki . 7. Umno dan BN bukanlah sukar untuk dinilai . Malah sebelum ini UMNO pernah dianggotai oleh para alim ulama' sehingga wujudnya biro agama dalam Umno . Tetapi sejarah telah memahat satu iktibar yang perlu diinsafi sepanjang zaman oleh semua termasuk para alim ulama' sendiri . Membantah kemungkaran yang dilakukan oleh UMNO pada waktu itu termasuk judi yang dihalalkan oleh UMNO , maka sekumpulan ulama' yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Fuad Hassan , Al Fadhil ustaz Hj Ahmad Maliki , Al fadhil ustaz Hj Ahmad Badawi , Al Fadhil Tuan Guru Tuan Hj Ahmad Tuan Husein , Al Fadhil Tuan Hj Mansur dan ramai lagi telah keluar daripada UMNO lalu menubuhkan persatuan Ulama' Se Malaya dan kemudiannya menjadi Persatuan Islam Se Malaya dan kini PAS [ Parti Islam Se Malaysia ] . 8. Realitinya UMNO tidak sesuai untuk ulama' berperanan dan berfungsi sebagai pejuang , pemimpin serta penyelamat ummah yang meletakkan kepentingan agama mengatasi segalanya. Kecuali ulama' kelas kedua seperti ulama' dunia , ulama' jahat , ulama' cari makan , ulama' kuda kepang , ulama' terompah kayu dan ulama' bisu . 9. Ulama' yang masih kekal berada di dalam UMNO sehingga hari ini ialah ulama' bisu yang hanya mampu melihat kemungkaran dan kemaksiatan berlaku dihadapan mereka tanpa mereka mampu berbuat apa - apa . Sebaliknya ulama' - ulama' ini dijadikan alat untuk menyerang PAS . Mereka diam membisu tanpa sepatah kalimah apabila kerajaan menambah dan meluluskan lesen judi . Mereka membutakan mata dan memekakkan telinga tatkala berdepan dengan aktiviti mungkar yang dianjurkan oleh kerajaan UMNO dan BN . Lebih menyedihkan apabila ulama' ini diperlaku bagaikan lambakan kain buruk yang tidak bernilai dan hanya digunakan bila perlu . Itu pun sekadar untuk membaca doa di majlis keraian , mengeluarkan fatwa menyokong tindakan kerajaan dan berhujjah menghadapi hujjah dari PAS . 10. Menyertai UMNO seperti terperangkap di pasir jerlus . Sukar untuk menyelamatkan diri . Nilai hebat sebagai ulama' tidak diiktiraf sebaliknya mereka tidak ubah seperti orang awam malah lebih rendah daripada itu apabila peranan mereka dibatasi dan dihalang . Entah tidak diketahui sejak bila pula UMNO tahu menilai dan menghargai ulama' kecuali ulama' sering menjadi bahan cercaan pemimpin - pemimpin mereka . Hanya sehari dua ini UMNO berteriak mencari sokongan dan menggamit alim ulama' menyertai parti mereka. Jelas kelihatan mereka sangat desprade untuk mengekalkan pengaruhi mereka dikalangan ummat Islam . 11. Bagaimana mahu menambah 100 orang lagi ulama' ? jika ulama' yang sedia ada seperti Datuk Jamil Khir , mufti - mufti seluruh negara , Datuk Mashitah , Datuk Nakhaei , Hamid Othman , Yusuf Noor dan ramai lagi tidak dilihat mampu berfungsi dan berperanan membawa UMNO keluar dari perangkap jahiliyyah moden yang bertunjangkan fahaman sekular . 12. Isu ini menjadi menarik apabila sahabat saya Al Fadhil Dr Asri Zainal Abidin turut dikaitkan sebagai salah seorang dari 100 ulama' yang akan menyertai UMNO . Saya berdoa agar Dr Asri dan para alim ulama' tidak menyertai UMNO untuk meperkasakan dan memperkuatkan lagi perjuangan UMNO dan BN yang bathil . Bahkan hati kecil saya merasakan bahawa Dr Asri tidak akan menyertai UMNO . Kerana menyertai UMNO dan BN akan mencemarkan kewibawaan beliau sebagai seorang ulama' yang disegani dan dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat . Wallahua'lam bissowab , hidayah dan petunjuk adalah milik Allah swt dan ia mengurniakannya kepada siapa yang ia kehendaki . 13. Platform yang paling sesuai dan terbuka sebagai ruang untuk mereka para alim ulama' berfungsi dan berperanan mendaulatkan syariat dan memartabatkan syiar agama Allah swt ialah Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] . Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. |
No comments:
Post a Comment