12 lagi kes tempatan H1N1
Jul 7, 09 12:00pm malaysiakini
Sebanyak 34 lagi kes baru wabak selesema A (H1N1) disahkan hari ini, termasuk 12 kes penularan tempatan, menjadikan jumlah semuanya 468 kes sejak pertengahan Mei lalu.
Daripada jumlah tersebut, dua lagi peserta Persidangan Farmaseutikal Asia Pasifik (APPC) di Pulau Pinang hujung bulan lalu dijangkiti wabak tersebut - menjadikan semuanya 27 orang.
Semalam negara merekodkan bilangan kes tempatan yang paling tinggi - 34 kes - menjadikan semuanya 113 kes sejak pertama kali dikesan 17 Jun lalu.
No comments:
Post a Comment