pic (http://pahangdaily.blogspot.com)
Di dalam Islam, kita disuruh supaya berlaku adil kepada semua manusia hatta kepada musuh sekalipun. Nabi Muhammad s.a.w mengajar kita tidak mengambil tindakan menghukum terus orang yang melakukan kesalahan, tetapi orang yang bersalah mesti diadili dan dibicarakan dulu sebelum dijatuhkan hukuman
Dengan kuasa akta ini, kuasa eksekutif terutamanya Perdana Menteri boleh mengarahkan pegawai polis menahan seseorang tanpa dibicarakan dan dibuktikan kesalahannya dulu. "Malah ramai tahanan yang telah ditahan selama bertahun-tahun gagal dibuktikan kesalahannya, walaupun telah dibebaskan. ",
ISA merupakan warisan yang ditinggalkan oleh penjajah yang asalnya wujud untuk membanteras keganasan komunis pada suatu masa dahulu. Walaubagaimanapun ia dikekalkan bagi menjamin kuasa sang pemerintah.
(www.pas.org.my)
Apakah membelasah tahanan separuh mati dan memenjarakan mereka sehingga bertahun-tahun lamanya tanpa perbicaraan dan tanpa bukti termasuk dalam pendekatan pemulihan akhlak? Apakah menyoal siasat mereka selama berhari-hari tanpa tidur yang mencukupi sebahagian daripada pemulihan? Apakah mendesak mereka membuat kenyataan dan pengakuan palsu juga kaedah pemulihan akhlak? Apakah memisahkan isteri dan anak-anak dari mereka serta memecahbelahkan rumah tangga termasuk dalam tafsir pemulihan akhlak? Apakah kemasukan anak-anak mereka ke dalam wad psikiatri akibat sakit jiwa bukan satu penganiayaan? Apakah ini juga sebahagian daripada pendekatan pemulihan akhlak? Sila nafikan jika perkara ini semua tidak berlaku di bawah ISA.
Surah An-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat”.
(zul4kulim.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment