Nasihat siswa buat penganalis politik
ULASAN Terlibat dengan gerakan mahasiswa menjadikan saya membina pandangan alam yang lebih luas.
Gerakan mahasiswa bukan saja terdedah kepada politik nasional secara langsung, bahkan entiti ini harus mendepani cabaran-cabaran untuk terus membina gelombang rakyat.
Bukan sekadar membaca tulisan-tulisan 'pemerhati dan penganalisa politik', gerakan mahasiswa sebaliknya hadir terlibat secara langsung.
Pandangan 'luar ke dalam' sebenarnya sangat diperlukan memandangkan gerakan ini bukanlah gerakan yang sempurna.
Kritikan sama ada ia membina atau menjatuhkan menjadi elemen semak imbang gerakan. Namun amat memalukan jika pemerhati dan penganalisa politik mempunyai maklumat yang dangkal dan menulis atas persepsi sahaja.
Menulis biarlah didasari tradisi keilmuan, kajian dilakukan dengan turun padang, memerhati secara langsung. Ia lebih tepat dan berkualiti.
Menjadi kewajipan mereka yang menganalisa entiti ini dengan mengaitkannya dengan sejarah. Gerakan mahasiswa dengan latar belakang historikal yang mencengkam sejarah negara dengan sendirinya membina cabaran yang harus didepani gerakan mahasiswa masa kini.
Hakikatnya, ramai orang ternanti-nanti aksi yang lebih hebat daripada demonstrasi Baling, gerakan manifesto mahasiswa 1969 atau paling kurang mencipta satu badan yang independen seperti University Malaya Student Union (UMSU).
Penganalisa politik gerakan mahasiswa kebanyakannya cenderung untuk membanding-bandingkan gerakan mahasiswa hari ini dengan legenda sebelum mereka.
Namun kejayaan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam menerajui gelombang rakyat ini sedikit sebanyak menampakkan hasil.
Gerakan siswa sepuluh tahun terakhir
Bermula dengan inisiatif SMM menubuhkan Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) dengan kempen Anti Politik Lucah, SMM membuat Jelajah Mahasiswa ke Seremban menaiki komuter (KTM).
Slogan seperti "mahasiwa tolak politik lucah", "tolak budaya fitnah" dan "tolak politik wang" dipamerkan kepada awam.
Bagaimanapun jelajah ini berakhir dengan tangkapan lapan orang mahasiswa di KL Sentral oleh pihak polis.
Di bawah GMSR, kempen Sokong Media Alternatif dibentuk. Kempen ini melibatkan semua media alternatif utama dengan tujuan untuk mengalihkan sumber maklumat masyarakat daripada bergantung kepada media arus perdana semata-mata.
GMSR kemudiannya melancarkan kempen anti- Lynas. GMSR menyatakan bantahan terhadap pembinaan kilang oleh Lynas bersama-sama gerakan seperti STOP LYNAS, BADAR dan NGO lain yang turut membantah.
Aktivis-aktivis gerakan mahasiswa, turun padang bersama-sama rakyat di Gebeng, Kuantan, berbincang dengan pemimpin rakyat di sana, membuat kajian respon rakyat, mengadakan pencerahan, ceramah, edaran risalah dan lain-lain.
SMM memacu lebih k ehadapan dengan menubuhkan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) susulan daripada beberapa isu sekatan yang dibuat kepada ahli akademik dan mahasiswa termasuklah isu Dr Abdul Aziz Bari, bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pelancaran BEBAS pada 22 November lalu menyaksikan rentetan aksi yang lebih agresif daripada mahasiswa. Usaha pencerahan seperti perbincangan, memorandum, meja bulat, forum, wacana, ceramah, diskusi, edaran risalah dan debat digiatkan menjelang Himpunan Kebebasan Akademik pada 17 Disember 2011.
Flash Mob BEBAS pada 27 November dengan tujuan pencerahan kepada masyarakat awam berkenaan kebebasan akademik akhirnya menjadi kecoh apabila lebih 17 orang mahasiswa ditangkap di KL Sentral.
Aktiviti kemuncak BEBAS, himpunan menuntut Kebebasan Akademik berjalan dengan aman tanpa sekatan polis. Seramai 300 mahasiswa turun ke jalanan membawa sepanduk dan kain rentang menuntut kebebasan akademik.
Kami berarak daripada Masjid Jamek hingga ke Sogo, berpidato, kemudian kembali berarak menuju ke PWTC. Di sinilah tercetusnya sejarah baru gerakan mahasiswa yang mencetuskan gelombang besar.
Adam Adli, mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di dalam himpunan di PWTC bertindak menurunkan bendera memaparka wajah Datuk Seri Najib Razak dengan tujuan menaikkan bendera BEBAS.
Tindakan ini kemudiannya mendapat reaksi pelbagai pihak, tersebar di media arus perdana yang kemudiannya dibaca oleh masyarakat di seluruh negara. Tindakan ini dikecam hebat oleh ahli Umno dalam kenyataan mereka, video rakaman yang disebar di Youtube, laman-laman sosial Facebook dan Twitter.
Tidak kurang hebatnya, tindakan Adam Adli mendapat sokongan parti politik Pakatan Rakyat, mahasiswa-mahasiswa, pensyarah dan NGO yang menunjukkan solidariti dan sokongan.
Peristiwa ini mencetuskan gelombang baru apabila nama SMM mula dikenali oleh masyarakat di pelbagai peringkat. Bermula dengan peristiwa 'turun bendera' ini, SMM berpeluang menjelajah seluruh negara memberi pencerahan kepada masyarakat.
SMM yang diterajui nama-nama figura anak muda seperti Ahmad Syukri Abd Razab (pengerusi SMM), Safwan Anang (pengerusi BEBAS), Syahid Zaini(YDP MPMUM), Adam Adli (Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif) dan aktivis-aktivis lain turun ke Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan seluruh Lembah Klang.
Kesan daripada tindakan menurunkan bendera, Adam Adli dijatuhkan hukuman tatatertib, digantung tiga semester.
Rentetan daripada ini, SMM membuat keputusan untuk membuat himpunan di hadapan UPSI menuntut supaya universiti itu menarik semula hukuman.
Tanggal 31 Disember, malam tahun baru, menyaksikan tragedi berdarah UPSI. Safwan Anang, pengerusi BEBAS cedera dibelasah oleh polis dengan ditendang di perut dan ditumbuk di mulut.
Ammar Ismail, aktivis mahasiswa daripada Universiti Malaya turut tercedera di kepala akibat terkena cermin pintu ketika pergelutan di Klinik swasta berdekatan UPSI.
Seramai 21 aktivis mahasiswa ditangkap termasuklah majoriti besar tokoh SMM dalam Ops-Solidariti yang dilakukan oleh pihak Polis.
Peristiwa ini memberi kesan besar kepada gerakan mahasiswa. Kebangkitan rakyat yang menyokong gerakan anak muda mula bersinar.
Usaha yang mengambil proses yang lama sedikit sebanyak memberi kesan dalam proses sosialisasi politik rakyat. Usaha ini silih berganti, memenuhi hari dan minggu tanpa henti.
Selepas kontroversi tragedi berdarah UPSI, isu PTPTN mengambil tempat. Setelah lebih dua bulan menyelesaikan isu-isu sekitar Tragedi Berdarah UPSI dengan tumpuan kepada memberi pencerahan berkenaan isu ini, SMM kembali mengatur perancangan baru.
Konsekuensi kepada BEBAS adalah gerakan Malaysia Bangkit yang merupakan gerakan gabungan anak muda yang membawa 9 tuntutan ke arah Malaysia yang lebih sejahtera.
Umumnya, gerakan ini merupakan gerakan yang lebih bersifat perjuangan kolektif dengan membawa isu-isu seperti hentikan rasuah, pilihanraya bersih, mansuhkan ISA dan AUKU, media yang bebas dan lain-lain termasuklah tuntut penghapusan PTPTN.
Isu PTPTN yang menjadi isu yang lebih dekat dengan kebanyakan rakyat ketika itu diangkat menjadi prime-issue Malaysia Bangkit. Isu ini juga hangat diperdebatkan di pentas politik, ahli akademik dan masyarakat awam.
Selepas pelbagai perbincangan dan rundingan meja bulat, SMM akhirnya membuat keputusan untuk mengadakan himpunan menuntut mansuh PTPTN.
Pada 14 April 2012, lebih kurang 1000 peserta himpunan hadir yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang berhimpun di Masjid Jamek, berarak ke Sogo dan berakhir di Dataran Merdeka.
Bermula 14 April, SMM kemudiannya meneruskan bantahan dengan perkhemahan 14 hari di Dataran Merdeka yang mendapat perhatian ramai pihak.
Sumbangan yang bertalu-talu di tapak perkhemahan oleh orang ramai, ceramah, diskusi dan wacana memeriahkan perkhemahan hingga peristiwa kemuncak 28 April, Bersih 3.0.
Penubuhan gerakan-gerakan yang bervariasi oleh SMM tidak harus dilabel sebagai tidak konsisten, namun ia konsekuensi dalam usaha memperjuangkan suara rakyat secara kolektif.
Mencatat peristiwa-peristiwa secara teks ini sesuatu yang mudah. Tetapi membacanya dengan konteks adalah sesuatu yang tidak mudah.
Saya tinggalkan catatan ini sebagai teks sejarah dan ulasan sebagai bacaan konteks sejarah. Moga-moga ia menjadi sumber maklumat para pemerhati dan penganalisa politik gerakan mahasiswa di luar sana dan juga sebagai rujukan generasi akan datang.
Kebijakan aksi jadi tumpuan
Berdiri di pentas nasional sama seperti menjadi aktor politik. Bukan semata-mata dalam lingkungan ahli politik dan politik kepartian, jauh daripada itu SMM hakikatnya menerajui gerakan masyarakat sivil dalam ruang awam.
Dalam hal ini, tentulah segala aksi, kenyataan respon atau apa saja keputusan yang dibuat oleh SMM menjadi tumpuan masyarakat.
Hal ini merupakan cabaran buat entiti ini untuk mempamerkan segala kebijakan politik yang bebas, substansial, intelek dan tepat.
Kesalahan-kesalahan dalam ijtihad dan aksi menjadi tumpuan khususnya buat golongan yang antigerakan mahasiswa vokal sebegini.
Dalam menerajui gerakan, tindakan-tindakan seperti turun bendera, kalungan bunga dan adab dalam demonstrasi menjadi perhatian perdana.
Secara tidak sedar, isu sebegini mengalih tumpuan masyarakat kepada tuntutan yang lebih utama. Kepimpinan dan aktivis gerakan mahasiswa perlu lebih berhati-hati menangani isu sebegini.
Ibarat menarik rambut di dalam tepung, isu-isu sebegini perlukan kebijakan strategi politik. Saya tidak nafikan kadangkala isu-isu kecil seperti adab dalam himpunan dianggap remeh oleh kepimpinan gerakan mahasiswa.
Berhati-hati dalam ini juga harus diteliti supaya ia tidak menjadi lubuk serangan musuh. Slogan-slogan yang tidak munasabah, yang tidak menggambarkan matlamat himpunan dan yang bertentangan dengan nilai-nilai moral harus dibuang.
(Saya sangat tidak suka slogan "Hancur Rosmah" digunakan kerana ia tidak ada kena mengena pun dengan matlamat himpunan.)
Kepelbagaian dalam gerakan
Peningkatan sokongan dan penyertaan terhadap SMM membuka suatu ruang baru kepada penyertaan aktivis-aktivis di dalam SMM.
Kalau dahulu SMM hanya didominasi oleh aktivis mahasiswa dari Universiti Malaya, atau mereka yang berlatarbelakangkan islamic student movement (GMI), kini SMM makin berkembang.
Perkembangan ini dengan sendiri mencipta cabaran yang besar seperti juga perkembangan yang dialami oleh Islam dahulu. Ideologi dan latar belakang yang pelbagai mungkin merupakan suatu peluang besar buat SMM dalam mewacanakan gerakan.
Namun apa yang harus menjadi tanggungjawab SMM ialah untuk mengekalkan prinsip tradisi gerakan mahasiswa iaitu intelektualisme, idealisme dan aktivisme.
Apa yang saya risaukan partisipasi dalam perjuangan SMM hanya didasari oleh semangat bukan dengan ilmu yang mendalam.
Aktivis-aktivis perlu didedahkan kepada latihan-latihan pembangunan untuk aktivis yang memberi pencerahan berkenaan apa itu perjuangan gerakan mahasiswa agar kita tidak dilihat tergelincir dari matlamat yang sebenar.
Kepada aktivis gerakan mahasiswa, hakikatnya proses memahamkan masyarakat mengambil masa yang panjang. Iklim politik, ekonomi dan sosial yang mencipta cabaran yang lebih besar meletakkan suatu keperluan kepada SMM untuk menjadi gerakan yang lebih dinamik.
Kebijakan aksi, elemen intelektual, keberanian melawan kezaliman, pasakan kefahaman kepada aktivis perlu diberi perhatian.
Kepada para pemerhati dan penganalisa politik SMM, gerakan ini harus dikaji secara menyeluruh. Sisi negatif atau positif dalam kritikan itu hanya hadir sebagai outcome kepada kajian dan observasi yang bijaksana.
MASTURAH ABU BAKAR mahasiswa tahun akhir Jabatan Sains Politik Islam, Universiti Malaya dan bergiat dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

No comments:
Post a Comment