Wednesday, February 25, 2009

"Allah Rakha Rahman"

mStar

Nama sebenar Rahman ialah A.S Dileep Kumar dan dilahirkan dalam sebuah keluarga Tamil Hindu. Ayahnya, R.K. Shekhar, seorang komposer yang membuat muzik untuk filem Malayalam movies.

Ayahnya meninggal dunia sewaktu Rahman berusia 9 tahun. Disebabkan kesempitan hidup, keluarganya terpaksa menyewakan semua peralatan muzik untuk meneruskan kehidupan.

Dua tahun kemudian, dalam usia 11 tahun, Rahman telah diterima bekerja sebagai pemain keyboard dalam kumpulan muzik di bawah trup komposer Ilayaraja, bagi menyara ibu dan tiga orang adik perempuannya.

Setelah menimba pengalaman bekerja dengan pengarah muzik terkemuka seperti Zakir Hussain dan L. Shankar, Rahman berjaya mencipta lagu jingle dan skor muzik bagi program TV. Sehingga kini, Rahman sudah mencipta 300 buah jingle.

Semasa fasa ini, Rahman berjaya mendapat ijazah dalam muzik klasik barat dari Trinity College of Music, London dan akhirnya membuka studio sendiri di Chennai, yang dikatakan studio paling sofistikated dan paling hi-tech di Asia.

Peluang keemasan untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa dalam muzikal broadway "Bombay Dream" arahan Andrew Lloyd Webber.

Pada tahun 1989, atas sebab-sebab tertentu Dileep Kumar mengambil keputusan memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada A.R. Rahman.

Di India, semakin ramai yang mula memberi sanjungan dan pujian kepada komposer A.R Rahman sehinggakan sudah tercipta ayat pujian "Allah Rakha Rahman" (Allah selamatkan Rahman).

Kejayaan Rahman memenangi dua Oscar melalui skor muzik dan lagu ciptaannya 'Jai Ho' begitu disenangi ramai hinggalah ke masyarakat barat.

Rahman layak mendapat sanjungan itu kerana berjaya menaikkan nama negaranya di mata dunia. Kehebatan muzik ciptaannya juga tidak boleh dipertikaikan lagi ....klik sini

No comments:

Post a Comment