Friday, February 20, 2009

Kes Perak




http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19485&Itemid=1

"Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu,"

an-Nisa ayat 59
  • Diulang dua kali perkataan 'taat'. Kali ketiga bila menyebut perkataan pemimpin, tiada perkataan 'taat'.
  • Ahli-ahli tafsir menafsirkan ayat ini bahawa perintah Allah dan Rasul wajib ditaati secara mutlak, adapun taat kepada pemerintah adalah tidak secara mutlak. Maknanya, taat kepada pemimpin selama mana ia tidak bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul.
  • Untuk mentaati perintah Ulil Amri ataupun pemerintah, ada kaedahnya iaitu yang Nabi sebut,taatlah kepada pemerintah selagi ia tidak menderhaka kepada Allah SWT. Kalau ada derhaka kepada Allah maka perintah taat tadi gugur. Ada hadis bermaksud, tidak boleh taat pada mana-mana makhluk dalam melaksanakan kemaksiatan kepada Allah
  • Lagi satu, maksud "pemimpin di kalangan kamu". Perkataan "di kalangan kamu" membawa maksud "di kalangan orang-orang yang beriman yang taat pada Allah dan taat Rasul".
Bukan setakat itu, dalam konteks di Perak ini, Nizar merujuk tindakannya adalah mengikut kehendak Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, iaitu Sultan tidak mempunyai kuasa memerintahkan ia meletakkan jawatan. Sultan hanya ada kuasa membenarkan permohonannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ataupun tidak

MB Perak
  • bahawa seorang menteri besar yang dilantik secara sah mengikut amalan negeri, akan gugur jawatannya hanya melalui tiga sebab sahaja.Yang pertama, jika dia letak jawatan, kedua kalau Dun dibubarkan dan ketiga jika ada undi tidak percaya yang dikemukakan dalam sidang Dun. Itu saja tiga cara untuk memberhentikan seorang menteri besar. Jadi, tidak berlaku satu pun daripada tiga itu
  • kenapa perlu Nizar letak jawatan sedangkan ketika itu masih ada 28 kerusi Pakatan, juga 28 kerusi BN dan tiga kerusi bebas. Mengapa dia mesti letak jawatan?
  • Jadi wajar Dun dibubarkan dan kembali mandat pada rakyat. Rakyat yang pilih, biar rakyat yang menentukan semula
  • Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka. Itu proses biasa dalam amalam demokrasi, telah berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia
Istilah 'sembah derhaka'

'Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat, sama ada kecil atau yang besar. Justeru, seseorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Ia bukan bermaksud perbuatan menderhaka, melawan atau menyakiti raja.

Contoh terdekat, minggu lepas saya dititah untuk mengadap seorang Raja di Kuala Lumpur. Tetapi saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain, lalu saya terpaksa memaklumkan bahawasaya terpaksa 'sembah derhaka' dan meminta tarikh lain untuk bertemu.Maknanya, kehendak raja saya tidak boleh tunai. Adakah itu maksudnya saya derhaka?

Begitu juga apabila saya mahu dilantik untuk menjadi Mufti di sebuah negeri, dan waktu saya nak menolak saya sebut 'patik terpaksa sembah derhaka'. Dan bukan sekali saya, dalam konteks berurusan dengan Tuanku Raja-Rama Melayu, yang mana saya terpaksa 'sembah derhaka'. Ia suatu istilah bahasa istana.Dan tidak timbul soal kemurkaan raja kerana itu istilah yang lazim diguna pakai.

No comments:

Post a Comment