Saturday, February 28, 2009

Umno is Malay but Malays are not Umno


Malaysian Insider

Does Umno represent all Malays? Is the Umno viewpoint synonymous with the Malay world view?

Datuk Hishammuddin Hussein and Datuk Reezal Marican of Umno Youth would like Malaysians to believe so. They want Malaysians to equate an insult against Umno Youth as an insult against all Malaysians.

But the answer to both questions is a resounding NO.

The umbilical cord between the ruling party and the community it was set up to serve has long been severed. It is difficult to pinpoint when the break happened.

Yes, all of them would like Malaysians to believe that when they speak, they speak on behalf of the Malays. They don’t. The numbers do not support this claim. They are politicians auditioning for next month's elections. link

HAPUSKAN PPSMI!

JOM!
  • PPSMI adalah idea Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad
  • Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI
  • PPSMI hanya menguntungkan anak-anak yang ibubapanya bertutur bahasa Inggeris di rumah
  • PPSMI menguntungkan anak orang kaya-kaya di bandar
  • Ibubapa yang tidak bertutur bahasa Inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak-anak mereka dirumah
  • Anak-anak keluarga miskin dalam bandar dan diluar bandar menjadi mangsa PPSMI
  • PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin dan orang kampung menjadi saintis, doktor, jurutera dll
  • PPSMI dibuat oleh kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat
  • Kerajaan BN tidak pernah mendapatkan pandangan guru-guru sebelum membuat dasar PPSMI
  • PPSMI dilaksanakan dengan cara paksaan walaupun ditentang majoriti rakyat
  • Guru-guru tidak pernah bersetuju dengan PPSMI
  • Cendekiawan dan cerdik pandai Melayu tidak pernah dirundingi oleh kerajaan BN sebelum melaksanakan PPSMI
  • Kerajaan BN membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI
  • PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai universiti mendapati dasar itu gagal
  • Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat
  • PPSMI menguntungkan kontraktor krono yang membekalkan bahan-bahan bahasa Inggeris
  • Kaum Cina pun menentang PPSMI
  • Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris
  • PPSMI tidak sah di sisi perlembagaan negara
  • PPSMI menghina bahasa Melayu
  • PPSMI membunuh masa depan Bahasa Melayu
  • PPSMI gagal mengkayakan negara-negara di benua India dan Afrika yang meminjam bahasa Inggeris
  • Semua negara maju di dunia menggunakan bahasa masing-masing
  • Semua negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi negara maju dan kayaraya
  • Di mana-mana negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin

Lidah bangsa itu harus dijaga bukan ‘ditetak’

Dato’ A Samad Said rasa sangat dukacita dan bimbang tentang masa depan bahasa ibunda yang disifatkan semakin ‘kuncup’ , ‘nazak’ dan bakal ‘terkubur’ sekiranya kerajaan Barisan Nasional tetap berdegil

“Saya tidak ‘dibeli’ tetapi saya berjuang kerana bangsa saya. Dari satu negeri ke satu negeri yang kami pergi dan kami memperjelaskan ini adalah ‘gerakan sopan’ dan bukan ‘gerakan garang’.

“Ini juga adalah gerakan hati nurani yang rata-ratanya mempercayai bahawa lidah bangsa (bahasa) itu harus dijaga bukan ‘ditetak’(bunuh),” ujarnya.

“Saya bersedia dan apa juga gelaran (Sasterawan Negara) itu sebenarnya untuk sementara dan tidak menjadi masalah kepada saya jika, kerajaan mahu menarik-balik gelaran Sasterawan Negara. “Dan yang paling penting ialah perjuangan saya sebagai seorang Sasterawan untuk melestarikan bahasa saya, bahasa ibunda (Melayu) saya,”

http://buletinonline.net/

Friday, February 27, 2009

'Minah Indonesia Pejuang Bahasa Malaysia'

Kalaulah saya juga Minah Indonesia
Hishamuddin Rais
Malaysiakini

Cuba perhatikan: Pada ketika ini Minah-minah Indonesia ini berada di setiap pelusuk kota-kota besar di negara kita ini.
Mereka datang ke sini untuk bekerja mencari nafkah. Mereka tidak mengira kerja apa pun - semua sanggup mereka lakukan. Mereka tidak memilih siapa majikan mereka. Mereka tidak menilai apa agama majikan mereka.
Mereka tidak menghiraukan di lubang mana mereka akan bekerja. Inilah sikap dan nilai kaum buruh, kaum proletariat, yang dibawa oleh
Minah-minah Indonesia ke sini.
Wajib disedari bukan semua mereka ini Melayu. Ertinya bukan semua bahasa ibunda mereka Bahasa Melayu. Ada Minah Jawa, ada Minah Sulawesi, ada Minah Ambon, ada Minah Madura.
Semua suku kaum ini memiliki bahasa khusus masing-masing – bahasa ibunda mereka tersendiri. Tetapi apabila memburuh dan membanting tulang di negara kita, mereka menggunakan Bahasa Melayu.
Perhatikan apa yang akan terjadi apabila mereka menjadi pembantu rumah di sebuah r
umah Tioghua kelas menengah. Minah-minah Indonesia ini tidak mengetahui Bahasa Inggeris.
Mereka wajib berhubung, justeru pastilah Bahasa Melayu yang akan digunakan di antara si Minah dengan majikannya.
Tidak dapat tidak majikannya, yang mungkin selesa dengan Bahasa Inggeris, kini wajib bertutur dalam Bahasa Melayu.
Kehadiran si Minah ini telah memaksa keluarga Tionghua kelas menengah menggunakan Bahasa Melayu. Keadaan ini lebih hebat daripada kempen-kempen penggunaan Bahasa Kebangsaan anjuran kerajaan yang hanya sibuk di poster-poster dan kain-kain rentang.
Biasanya majikan dari kelas menengah memiliki sikap tak ambil endah terhadap Bahasa Melayu. Jadi, apabila si pembantu ini datang, maka
untuk pertama kalinya si majikan "terpaksa" mempelajari kembali cara yang betul dan tepat untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.
Tidak ada peranan DBP, Kementerian Pelajaran, Teras (Teras Pengupayaan Melayu) atau sasterawan Melayu di sini. Semua pengajaran Bahasa Melayu ini berjalan tanpa paksaan. Semuanya berjalan tanpa akta Parlimen atau riuh-rendah daripada Gapena.
Jika si Minah ini menjadi babu menjaga anak, maka peranan babu ini cukup penting. Si Babu yang mendodoikan anak kecil ini akan lebih banyak berguli dan berjenaka dengan si anak kecil.
Malah jika diambil nisbah masa, waktu si babu bersama anak lebih banyak berbanding dengan waktu si ibu bersama anak. Si babu Minah Indonesia ini pastilah bertutur dalam Bahasa Melayu yang tersusun. Bunyi yang keluar dari tekak dan mulut si ba
bu inilah yang akan sentiasa didengar oleh telinga si anak kecil.
Inilah bukti si babu ini sedang menjadi pengembang Bahasa Melayu tanpa ada laporan huhah huhah dalam Dewan Sastera atau Dewan Masyarakat. Atau laporan daripada Kementerian Pelajaran.
Lihat apa yang sedang terjadi di Hong Kong. Di kota pulau ini, tanpa dirancang, Tagalog menjadi bahasa kedua rakyat di sana.
Ia berlaku kerana hampir semua babu dan pembantu rumah di Hong Kong didatangkan dari Filipina. Tidak dapat tidak anak-anak kecil yang dijagai oleh Minah Filipina ini akan fasih berbahasa Tagalog.
Saya juga sering ke kedai makan dan ke restoran Cina. Saya perhatikan banyak, malah hampir semua, restoran Cina di kota Kuala Lumpur ini mengambil pekerja Minah Indonesia.
Ada yang bertugas di dapur, ada yang membuat minuman dan ramai yang menjadi pelayan tamu. Minah-minah ini tanpa segan-silu bekerja dalam restoran Cina.
Sekali lagi saya perhatikan betapa pentingnya peranan mereka. Kalau Minah ini menjadi pelayan di restoran Cina, sudah pasti para pelanggan Cina yang akan dilayani. Si Minah akan mengambil pesanan. Si Minah akan membersihkan meja. Si Minah akan m
enyusun tempat duduk. Si Minah ke dapur menghantar pesanan. Beginilah pekerjaan pelayan.
Tetapi ada satu lagi pekerjaan yang saya anggap lebih suci tetapi tidak dapat dinilai dengan ringgit dan dolar – si Minah pelayan di restoran Cina ini penyebar Bahasa Melayu yang ulung.
Saya perhatikan Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Minah-minah Indonesia ini cukup teratur. Lenggok dan lagunya bahasa baku.
Si Minah ini tidak pernah akan mengubah telo bunyi yang akan keluar dari mulut dan tekak mereka. Bunyi-bunyi yang dikeluarkan adalah sama – tidak mengira apakah si pelanggan seorang apek berseluar pendek atau seorang taukeh berjaket dan bertali leher.
Malah daripada pemerhatian saya, Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Minah-minah ini lebih baik susunan ayatnya daripada pertuturan kelam bin kabut dan lintang bin pukang yang terhambur dari tekak para pengacara televisyen dan radio kita.
Saya pendukung penggunaan Bahasa
Melayu. Saya bukan pembodek bahasa – apabila ada kempen-kempen Bahasa Kebangsaan dijalankan, maka saya tidak akan "menonjol-nonjol" untuk masuk ke "bingkai" untuk berdiri di sebelah menteri.
Saya tidak akan memakai baju batik berlengan panjang untuk membaca-baca sajak yang saya sendiri pun tidak memahami hujung pangkal. Untuk saya, semua ini kerja bodoh.
Bahasa Melayu, untuk saya, bukan Bahasa Kebangsaan. Saya tidak memiliki nilai "kebangsaan". Bahasa Melayu milik anak semua bangsa. Bahasa Melayu adalah bunyi-bunyi dari tekak dan mulut untuk tujuan kita berhubung antara satu sama lain.
Bunyi-bunyi ini wujud untuk kita berhubung, mengenal, menyambung nilai dan menyambung sejarah kita.
Bahasa Melayu, untuk say
a, "bahasa strategik untuk perubahan". Saya mengamal, menyebar dan mencanangkan Bahasa Melayu bukan kerana saya Melayu tetapi kerana saya yakin hanya penggunaan Bahasa Melayu ini sahaja yang akan dapat menolak terbuka apa sahaja bentuk perubahan yang diinginkan di negara kita ini.
Kalau sesiapa yakin tentang peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan, maka mereka wajib memiliki nilai-nilai seperti Minah-minah Indonesia yang sedang memburuh dalam negara kita sekarang.
Saya cukup menghormati Minah-minah Indonesia ini – untuk saya - merekalah pejuang Bahasa Melayu yang tulen.
Meremang bulu tengku
k, dan besar kemungkinan saya juga akan muntah, jika saya disabitkan dengan gerakan Bahasa Kebangsaan. Saya lebih berbesar hati dan berbangga jika saya juga dapat dianggap sebagai Minah Indonesia.

Thursday, February 26, 2009

"Histeria"

Tips elak Histeria: Haron Din saran amal Muawizat

HarakahDaily

Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.

Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.

"Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula.

"Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.

'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain

ImageIni menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.

"Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.

Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."

Wednesday, February 25, 2009

'Anjing setinggan jadi Jutawan'

mStar

Filem ini mengisahkan kehidupan dua beradik yatim piatu, Salim dan Jamal Malik juga Lathika yang hidup susah sejak kanak-kanak lagi setelah kematian kedua ibubapa.

Kesusahan yang menghimpit mereka menjadikan mereka tabah, lebih agresif dan tidak berhati perut semakin meningkat dewasa.

Jamal memilih hidup sebagai gangster di bawah Javed. Jamal yang sanggup berbuat apa saja untuk hidup, berbeza pula dengan Salim yang lebih berpijak pada bumi nyata.

Jamal sanggup meniduri Lathika di hadapan Salim dan kemudiannya membuat rundingan pula menjual Lathika sebagai perempuan simpanan Javed walaupun dia tahu, adiknya Salim menaruh hati pada Lathika.

Walaupun terpisah, Salim masih teringatkan Lathika....

Perjalanan hidup Salim, Jamal dan Lathika menjadi lebih menarik apabila ianya digarap sebegitu rupa dan diselang seli dengan soalan program 'Who Wants To Be A Millionaire' yang dihoskan oleh Anil Kapoor di mana pesertanya adalah Salim.

Ketika duit terkumpul mencecah 10,000 ribu rupees, Anil telah menelefon pihak polis untuk menangkap Salim kerana fikirnya Salim telah menipu.

Di sinilah setiap episod sedih yang dilalui oleh Salim dan abangnya terbongkar. Setiap soalan yang ditanya di dalam program itu berkait dengan pengalaman hidup Salim. Sukar untuk dipercayai?

Bagi Salim, tidak perlu menjadi genius untuk menang program itu kerana apa yang terjadi sudah suratan hidupnya.

Garapan setiap adegan dibuat dengan begitu cantik sekali hingga tidak terputus jalan cerita.

Setiap babak terakam kemas dalam kotak minda hingga terbayang hingga kini seperti kisah Salim/Jamal menipu pelancong di Taj Mahal, dikejar fanatik Hindu setelah melihat ibunya dibakar hidup-hidup oleh kaum fanatik ini, kanak-kanak yang dibutakan dan dicungkil matanya agar boleh meminta sedekah sambil menyanyi.

Plot filem ini berkembang dengn cukup menarik apabila setiap isu sosial yang dihadapi oleh kaum setinggan dikupas satu demi satu.

Kanak-kanak dieksploitasikan untuk mencari habuan, polis yang zalim, cuai dan penuh korupsi juga kisah rakyat India yang mendewakan aktor mereka.

Salim, misalnya ketika masih kanak-kanak sanggup memboloskan diri ke lubang najis, apabila tandas tariknya dikunci dari luar, hanya untuk mendapatkan satu autograf Amitabh Bachchan. Adegan ini begitu jijik sekali tetapi kemungkinankah ianya berlaku?Tidak cukup untuk menguatkan kedewaan pelakon mereka. Datang pula Jamal mencuri autograf itu untuk dijual bagi mendapatkan sedikit 'laba'.

Begitu sekali pengamatan pengarah dan penulis skrip filem atau kaca mata orang Barat melihat kesengsaraan hidup masyarakat India.

Setiap unsur penipuan dipaparkan dengan realistik sekali. Begitu juga dengan dakyah halus yang cuba diselitkan seperti adegan Jamal bersembahyang kemudiannya melakukan rompakan - seolah-olah agama kita menghalalkan keganasan dan rompakan yang meragut nyawa manusia tidak berdosa.

Kemungkaran arak dan perempuan dipaparkan seolah-olah 'direstui' oleh agama Islam....klik sini

"Allah Rakha Rahman"

mStar

Nama sebenar Rahman ialah A.S Dileep Kumar dan dilahirkan dalam sebuah keluarga Tamil Hindu. Ayahnya, R.K. Shekhar, seorang komposer yang membuat muzik untuk filem Malayalam movies.

Ayahnya meninggal dunia sewaktu Rahman berusia 9 tahun. Disebabkan kesempitan hidup, keluarganya terpaksa menyewakan semua peralatan muzik untuk meneruskan kehidupan.

Dua tahun kemudian, dalam usia 11 tahun, Rahman telah diterima bekerja sebagai pemain keyboard dalam kumpulan muzik di bawah trup komposer Ilayaraja, bagi menyara ibu dan tiga orang adik perempuannya.

Setelah menimba pengalaman bekerja dengan pengarah muzik terkemuka seperti Zakir Hussain dan L. Shankar, Rahman berjaya mencipta lagu jingle dan skor muzik bagi program TV. Sehingga kini, Rahman sudah mencipta 300 buah jingle.

Semasa fasa ini, Rahman berjaya mendapat ijazah dalam muzik klasik barat dari Trinity College of Music, London dan akhirnya membuka studio sendiri di Chennai, yang dikatakan studio paling sofistikated dan paling hi-tech di Asia.

Peluang keemasan untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa dalam muzikal broadway "Bombay Dream" arahan Andrew Lloyd Webber.

Pada tahun 1989, atas sebab-sebab tertentu Dileep Kumar mengambil keputusan memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada A.R. Rahman.

Di India, semakin ramai yang mula memberi sanjungan dan pujian kepada komposer A.R Rahman sehinggakan sudah tercipta ayat pujian "Allah Rakha Rahman" (Allah selamatkan Rahman).

Kejayaan Rahman memenangi dua Oscar melalui skor muzik dan lagu ciptaannya 'Jai Ho' begitu disenangi ramai hinggalah ke masyarakat barat.

Rahman layak mendapat sanjungan itu kerana berjaya menaikkan nama negaranya di mata dunia. Kehebatan muzik ciptaannya juga tidak boleh dipertikaikan lagi ....klik sini

Monday, February 23, 2009

Politik Gila langgar Undang-undang!


pinkturtle

TIMAH BUKAN PERAK

  • Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.
  • Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.
  • Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.
  • Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?
  • Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.
  • Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.
http://chedet.co.cc

Sunday, February 22, 2009

" Mereka merancang tipu daya, Allah juga lebih hebat perancangan tipu daya-Nya,"

" Jangan sesekali kamu cenderung kepada kezaliman, nanti kelak kamu akan di sambar api neraka..."

Di Sebalik Double Standard SPRM
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2872

A Malaysian Airlines pilot arriving in Adelaide was found to have child sex videos on his laptop computer


Setelah disiasat dan cuba menghubungi beberapa orang sahabat yang bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), maka kini rupanya terbukti dan sungguh mengejutkan

Ia berkenaan dengan kes anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan iaitu Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba "menyeludup secara haram bahan-bahan lucah" ke Australia.

Anak pengerusi SPRM di tahan, cuba seludup bahan PORNO

Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.

Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.

Video-video itu bertajuk “Reped (sic) Virgin’, “10-Year Old” dan “High School Students.”

“Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya,” kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.

Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng.Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Mat Said SPRM telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan. Ini bermakna kerajaan Malaysia mempunyai "jasa yang amat besar untuk membebaskan anak Mat Said SPRM daripada pertuduhan itu" dan seterusnya berjaya "menyelamatkan maruah Pesuruhjaya SPRM" itu dari mendapat malu dan aib akibat peristiwa ini.

Dibawah ini adalah bukti email yang telah dikirimkan oleh pihak berkenaan untuk didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia :-

Malaysian pilot caught for child pornography is ACA DG's son?

Damn! WTF is wrong with these dumb pilots man! In one week we get three of them getting arrested for smuggling pornographic material into Australia. 2 are Malaysians: 41 year old Capt Ng Kok Yauw and co-pilot Ahmad Shauqi B. Ahmad Said. The other person is a Singaporean. Making things even worse was the fact that Ahmad Shauqi was caught with possesion of child pornographic materials. What a disgrace! Anyways that's not why i'm writing this post.

The email is apparently addressed to zakaria@mot.gov.my. Here's a copy of the e-mail: From: Captain Reinu To: zakaria@mot.gov.my Sent: Monday, February 11, 2008 8:56 AM

Subject: MAS CHILD PORN PILOT PROTECTED BY PM'S OFFICE

Dear Datuk, Hope you are well . Just to inform you that the Malaysian Airlines pilot recently convicted in Australia for possession of child pornography is a declared Malay, Muslim , AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID, staff number 1086993 and is non other than the son of the Director General of the Anti- Corruption Agency of Malaysia , DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMAD SAID BIN HAMDAN who has himself come to a CORRUPT agreement with IDRIS JALA , the Managing Director and others in Malaysia Airlines , ' not to take disciplinarry action as required in the company policy ' against his son for his criminal conviction. I will be forwarding this information worldwide to educate them on the state of affairs in Malaysia and they can evaluate for themselves the Government's declarations of truth , cleanliness, transparency, Islam Had etc. Drugs was one thing but sometimes , this child porn strikes different cords !!!!! Who cares about technicalities ? I guess god is helping me to punish the criminals who have tried to destroy me and my family for being professional. God must also realise that I was also injured for being INDIAN in MALAYSIA

Sajakku

Persoalan

Rindukan seseorang, siapakah ia?
Tidak terluahkan perasaan itu?
Pilukah perasaan ini?
Resah, gelisah atau pasrah?
Tiada terluputkah perasaan itu?
Terganggu perasaan, terusik jiwa?
Minda menerawang, terpaku?
Dipermainkan oleh keadaan?
Hati terusikkah lagi?
Berlainan nya luar biasa?
Siapakah dia?
Tiada kepastian sebenarnya?
Tertanya-tanya lagi?
Melayani keindahan cinta?
Syok sendirikah?
Ketenangan yang melanda?
Jawapannya masih belum tentu?
.............

Jawapannya

Dilema mengenangkannya
Persoalan terus bertalu-talu
Giat gelagat minda terfikir
Jawapannya kemungkinan terserlah
Antara cinta nafsu dan cinta penuh keikhlasan
Cinta segera datang, segera pula ia pergi
Terpaut pada seribu illusi
Belum lagi datang cinta sejati
Cinta illahi memang diburui
Tetapi nafsu berahi menyanggah dihati
Cinta cuma pada nama, nafsu menguasai
Terasuk, dipimpin syaitan durjana
Tersedar kemudian tiada gunanya
Terlalu asyik memikiri hingga terlupa diri
Terasuk oleh hiburan duniawi
Tidak terurus yang empunya diri
Terlupa sebentar mengingati kembali
Menyukuri nikmat illahi tiada terperi
Tiada lupa akan tuhan akan diri yang songsang ini
Biarlah cinta datang juga pergilah jika mahu
Disedari ia bukan milik abadi
Hanya pinjam pinjaman
Untuk diuji manusia dihati
Selama manakah ia melupai diri
Terlupa asal bakanya titis air mani
Barzakh tempat dinanti masyhar diadili
Asal usulmu, asal usulmu....

Friday, February 20, 2009

Kes Perak




http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19485&Itemid=1

"Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu,"

an-Nisa ayat 59
  • Diulang dua kali perkataan 'taat'. Kali ketiga bila menyebut perkataan pemimpin, tiada perkataan 'taat'.
  • Ahli-ahli tafsir menafsirkan ayat ini bahawa perintah Allah dan Rasul wajib ditaati secara mutlak, adapun taat kepada pemerintah adalah tidak secara mutlak. Maknanya, taat kepada pemimpin selama mana ia tidak bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul.
  • Untuk mentaati perintah Ulil Amri ataupun pemerintah, ada kaedahnya iaitu yang Nabi sebut,taatlah kepada pemerintah selagi ia tidak menderhaka kepada Allah SWT. Kalau ada derhaka kepada Allah maka perintah taat tadi gugur. Ada hadis bermaksud, tidak boleh taat pada mana-mana makhluk dalam melaksanakan kemaksiatan kepada Allah
  • Lagi satu, maksud "pemimpin di kalangan kamu". Perkataan "di kalangan kamu" membawa maksud "di kalangan orang-orang yang beriman yang taat pada Allah dan taat Rasul".
Bukan setakat itu, dalam konteks di Perak ini, Nizar merujuk tindakannya adalah mengikut kehendak Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, iaitu Sultan tidak mempunyai kuasa memerintahkan ia meletakkan jawatan. Sultan hanya ada kuasa membenarkan permohonannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ataupun tidak

MB Perak
  • bahawa seorang menteri besar yang dilantik secara sah mengikut amalan negeri, akan gugur jawatannya hanya melalui tiga sebab sahaja.Yang pertama, jika dia letak jawatan, kedua kalau Dun dibubarkan dan ketiga jika ada undi tidak percaya yang dikemukakan dalam sidang Dun. Itu saja tiga cara untuk memberhentikan seorang menteri besar. Jadi, tidak berlaku satu pun daripada tiga itu
  • kenapa perlu Nizar letak jawatan sedangkan ketika itu masih ada 28 kerusi Pakatan, juga 28 kerusi BN dan tiga kerusi bebas. Mengapa dia mesti letak jawatan?
  • Jadi wajar Dun dibubarkan dan kembali mandat pada rakyat. Rakyat yang pilih, biar rakyat yang menentukan semula
  • Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka. Itu proses biasa dalam amalam demokrasi, telah berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia
Istilah 'sembah derhaka'

'Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat, sama ada kecil atau yang besar. Justeru, seseorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Ia bukan bermaksud perbuatan menderhaka, melawan atau menyakiti raja.

Contoh terdekat, minggu lepas saya dititah untuk mengadap seorang Raja di Kuala Lumpur. Tetapi saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain, lalu saya terpaksa memaklumkan bahawasaya terpaksa 'sembah derhaka' dan meminta tarikh lain untuk bertemu.Maknanya, kehendak raja saya tidak boleh tunai. Adakah itu maksudnya saya derhaka?

Begitu juga apabila saya mahu dilantik untuk menjadi Mufti di sebuah negeri, dan waktu saya nak menolak saya sebut 'patik terpaksa sembah derhaka'. Dan bukan sekali saya, dalam konteks berurusan dengan Tuanku Raja-Rama Melayu, yang mana saya terpaksa 'sembah derhaka'. Ia suatu istilah bahasa istana.Dan tidak timbul soal kemurkaan raja kerana itu istilah yang lazim diguna pakai.

Wednesday, February 18, 2009

Rasuah ikan Jaws!


"It took me six months to be nice, to bribe each and every individual to get back into their good books before our files were attended to." "That is my personal experience, I am telling this to all the clerks and all the registries to stop this nonsense."

Kenyataan seorang yang dah lama tak buat rasuah dan tak pernah didakwa kes rasuah, kini diberi kepercayaan menerajui institusi yang sepatutnya suci dari rasuah!

LU PIKIRLAH SENDIRI!


Geng Upin-Ipin 5 hari, dah kaut RM2 juta!


  • dengan bajet RM5 juta itu, filem ini sudah nampak berkualiti dari segi visual dan kesan bunyinya
  • sasaran tinggi yang diharapkan RM10 juta!
  • Filem sepanjang 90 minit itu menggunakan perisian penting termasuk Maya dan MentalRay selain menggunakan teknikperkomputeran grid
  • Geng: Pengembaraan Bermula antara lain mengisahkan misteri kewujudan hantu durian di Kampung Durian Runtuh. Lalu sekumpulan anak muda termasuk Upin dan Ipin cuba membongkar misteri yang melanda kampung hingga membawa mereka menempuh satu pengembaraan yang menakjubkan

Tuesday, February 17, 2009

VALENTINE DAY Hari PenZINAaan SeDUNIA!

VALENTINE DAY anak-anak haram dibiakkan!

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka . Katakanlah : "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)

Budak 'babyface' 13 tahun jadi bapak, awek ala-ala bohsia.

Only on UK!

Monday, February 16, 2009

Bahasa Malaysia is for Malaysian's



Salam,

Malaysia! Anda sayang Bahasa Malaysia tak?

Jangan biarkan BM tidak ber 'maruah' di Malaysia!

"PETISYEN MEMBANTAH PPSMI"

hosted on the web by our free online petition service, at:

http://www.PetitionOnline.com/ppsmi08/

'Kita sendiri punahkan bahasa Melayu'
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19395&Itemid=1
  • Yang tidak waras atau istilah lain yang lebih tertib, yang tidak rasional, ialah orang yang membuat keputusan ini dalam tahun 2003, konon hendak tunjukkan bahasa Inggerislah yang boleh memajukan bangsa Melayu dan negara ini, bahasa Melayu tak boleh
  • Kita sedang mengalami proses membodohkan diri kita sendiri, proses jahiliah. Islam sudah tinggalkan zaman jahiliah, kita masih hidup dalam zaman jahiliah, zaman orang tidak menghormati ilmu dan kebenaran
  • Orang Umno sendiri banyak yang bantah PPSMI. Cuma mereka takut. Ini kelemahan Melayu, takut menentang kesalahan, padahal mereka sepatutnya berani kerana kebenaran.
  • Jika ilmu itu diajarkan dalam bahasa yang dia sendiri tidak tahu, ada dua masalah yang akan timbul. Pertama, dia kena belajar bahasa yang dia tidak tahu iaitu BI. Keduanya, dia kena belajar pelajaran yang dia tidak tahu dalam bahasa yang dia tidak tahu. Inikan masalah serius? Kanak-kanak itu mendapat pendedahan ilmu dan pengetahuan awal di persekitaran mereka dalam bahasa ibunda mereka. Ini fakta berdasarkan kajian ilmu, tapi kita membuat keputusan tidak berdasarkan ilmu itu. Itu asasnya. Jika soal pendidikan sudah tidak ada asasnya, kacau dibuatnya.
  • Kita di rantau ini berada dalam tamadun berbahasa Melayu, bukan dalam tamadun bahasa Inggeris. Lebih 200 juta manusia mengetahui bahasa Melayu-bahasa Indonesia. Ini bukan bahasa kecil.
  • Ini bahasa yang telah membentuk suatu tamadun yang besar di rantau ini. Tamadun ini perlu dipertahankan oleh pemimpin hari ini, jika ini tidak dipertahankan BM akan menjadi bahasa pinggiran di Malaysia
Salam,

Terima Kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi melawat blogku yang sempoi ini...Thanks a lot!

Saturday, February 14, 2009

Friday, February 13, 2009

Salam,

Seperti biasa jalan nak gi KL jem, setiap pagi, so..elok keluar awal kalau nak gi kerja, budak budak gi sekolah, mak bapak hantar pastu gi kerja...JEMMM!javascript:void(0)
paling tak tahan kalau polis trafik ambik alih tugas lampu trafik...lama giler..nak mamposss...

Sabtu ok clear sikit...bolehlah pecut! hati hati jerr...

Aku minat gak pasal politik...terutamanya politik tanahair..berair-airrrr...
So, Hidup Pakatan Rakyat...terus sejahtera, dilindungi Allah. Amin...Ya Rabbal Alamin.

Thursday, February 12, 2009


Assalamulaikum,

Politik hari ini teruk! kotor! jijik! gila!

Semoga yang Rasuah! Korup! Hancur...

Salam Perjuangan MB Nizar!

Wednesday, February 11, 2009



ASSALAMUALAIKUM

First time aku ber blog...
Anak-anak aku minat sangat dengan Kungfu Panda. Kiut, kelakar,selamba..
So, thanks for reading out...PEACE!