Sunday, February 22, 2009

Sajakku

Persoalan

Rindukan seseorang, siapakah ia?
Tidak terluahkan perasaan itu?
Pilukah perasaan ini?
Resah, gelisah atau pasrah?
Tiada terluputkah perasaan itu?
Terganggu perasaan, terusik jiwa?
Minda menerawang, terpaku?
Dipermainkan oleh keadaan?
Hati terusikkah lagi?
Berlainan nya luar biasa?
Siapakah dia?
Tiada kepastian sebenarnya?
Tertanya-tanya lagi?
Melayani keindahan cinta?
Syok sendirikah?
Ketenangan yang melanda?
Jawapannya masih belum tentu?
.............

Jawapannya

Dilema mengenangkannya
Persoalan terus bertalu-talu
Giat gelagat minda terfikir
Jawapannya kemungkinan terserlah
Antara cinta nafsu dan cinta penuh keikhlasan
Cinta segera datang, segera pula ia pergi
Terpaut pada seribu illusi
Belum lagi datang cinta sejati
Cinta illahi memang diburui
Tetapi nafsu berahi menyanggah dihati
Cinta cuma pada nama, nafsu menguasai
Terasuk, dipimpin syaitan durjana
Tersedar kemudian tiada gunanya
Terlalu asyik memikiri hingga terlupa diri
Terasuk oleh hiburan duniawi
Tidak terurus yang empunya diri
Terlupa sebentar mengingati kembali
Menyukuri nikmat illahi tiada terperi
Tiada lupa akan tuhan akan diri yang songsang ini
Biarlah cinta datang juga pergilah jika mahu
Disedari ia bukan milik abadi
Hanya pinjam pinjaman
Untuk diuji manusia dihati
Selama manakah ia melupai diri
Terlupa asal bakanya titis air mani
Barzakh tempat dinanti masyhar diadili
Asal usulmu, asal usulmu....

No comments:

Post a Comment