- PPSMI adalah idea Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI
- PPSMI hanya menguntungkan anak-anak yang ibubapanya bertutur bahasa Inggeris di rumah
- PPSMI menguntungkan anak orang kaya-kaya di bandar
- Ibubapa yang tidak bertutur bahasa Inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak-anak mereka dirumah
- Anak-anak keluarga miskin dalam bandar dan diluar bandar menjadi mangsa PPSMI
- PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin dan orang kampung menjadi saintis, doktor, jurutera dll
- PPSMI dibuat oleh kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat
- Kerajaan BN tidak pernah mendapatkan pandangan guru-guru sebelum membuat dasar PPSMI
- PPSMI dilaksanakan dengan cara paksaan walaupun ditentang majoriti rakyat
- Guru-guru tidak pernah bersetuju dengan PPSMI
- Cendekiawan dan cerdik pandai Melayu tidak pernah dirundingi oleh kerajaan BN sebelum melaksanakan PPSMI
- Kerajaan BN membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI
- PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai universiti mendapati dasar itu gagal
- Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat
- PPSMI menguntungkan kontraktor krono yang membekalkan bahan-bahan bahasa Inggeris
- Kaum Cina pun menentang PPSMI
- Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris
- PPSMI tidak sah di sisi perlembagaan negara
- PPSMI menghina bahasa Melayu
- PPSMI membunuh masa depan Bahasa Melayu
- PPSMI gagal mengkayakan negara-negara di benua India dan Afrika yang meminjam bahasa Inggeris
- Semua negara maju di dunia menggunakan bahasa masing-masing
- Semua negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi negara maju dan kayaraya
- Di mana-mana negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin
Saturday, February 28, 2009
HAPUSKAN PPSMI!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment