Monday, February 16, 2009

Bahasa Malaysia is for Malaysian's



Salam,

Malaysia! Anda sayang Bahasa Malaysia tak?

Jangan biarkan BM tidak ber 'maruah' di Malaysia!

"PETISYEN MEMBANTAH PPSMI"

hosted on the web by our free online petition service, at:

http://www.PetitionOnline.com/ppsmi08/

'Kita sendiri punahkan bahasa Melayu'
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19395&Itemid=1
  • Yang tidak waras atau istilah lain yang lebih tertib, yang tidak rasional, ialah orang yang membuat keputusan ini dalam tahun 2003, konon hendak tunjukkan bahasa Inggerislah yang boleh memajukan bangsa Melayu dan negara ini, bahasa Melayu tak boleh
  • Kita sedang mengalami proses membodohkan diri kita sendiri, proses jahiliah. Islam sudah tinggalkan zaman jahiliah, kita masih hidup dalam zaman jahiliah, zaman orang tidak menghormati ilmu dan kebenaran
  • Orang Umno sendiri banyak yang bantah PPSMI. Cuma mereka takut. Ini kelemahan Melayu, takut menentang kesalahan, padahal mereka sepatutnya berani kerana kebenaran.
  • Jika ilmu itu diajarkan dalam bahasa yang dia sendiri tidak tahu, ada dua masalah yang akan timbul. Pertama, dia kena belajar bahasa yang dia tidak tahu iaitu BI. Keduanya, dia kena belajar pelajaran yang dia tidak tahu dalam bahasa yang dia tidak tahu. Inikan masalah serius? Kanak-kanak itu mendapat pendedahan ilmu dan pengetahuan awal di persekitaran mereka dalam bahasa ibunda mereka. Ini fakta berdasarkan kajian ilmu, tapi kita membuat keputusan tidak berdasarkan ilmu itu. Itu asasnya. Jika soal pendidikan sudah tidak ada asasnya, kacau dibuatnya.
  • Kita di rantau ini berada dalam tamadun berbahasa Melayu, bukan dalam tamadun bahasa Inggeris. Lebih 200 juta manusia mengetahui bahasa Melayu-bahasa Indonesia. Ini bukan bahasa kecil.
  • Ini bahasa yang telah membentuk suatu tamadun yang besar di rantau ini. Tamadun ini perlu dipertahankan oleh pemimpin hari ini, jika ini tidak dipertahankan BM akan menjadi bahasa pinggiran di Malaysia

No comments:

Post a Comment