Wednesday, April 22, 2009

Pahang: Penangan Kasino Genting! Makin banyak taik judi!

Wednesday, April 22, 2009
pahangdaily.blogspot.com

Edisi Siasat: Pihak Berkuasa Di Minta Pantau Dan Benteras Kegiatan Perjudian Dekat Kg.Paya Pulai Temerloh Yang Semakin Menjadi-Jadi Sekarang !!

TEMERLOH - Pihak polis diminta melakukan rondaan dan memantau kegiatan berjudi secara haram di sebuah rumah usang yang terletak berhampiran ladang tebu yang baru di tanam di Kg.Paya Pulai dekat sini. Difahamkan, mereka yang terbabit sanggup tidur di rumah itu hingga dua tiga hari semata-mata untuk bermain judi, terutamanya hujung bulan selepas menerima gaji. Perkara ini sudah beberapa kali dilaporkan oleh para penduduk setempat, namun tiada tangkapan atau operasi membenteras dilakukan oleh pihak berkuasa. Malah, kegiatan tersebut semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Kedudukan lokasi yang agak terceruk dan hanya boleh dilalui menerusi jalan bersebelahan Ibu Sawat Telekom Paya Pulai itu menyebabkan kegiatan tersebut semakin mendapat perhatian. Justeru itu seorang penduduk kampung mahu kami menyiarkan beberapa nombor pendaftaran kenderaan yang dipercayai terlibat dan sering dilihat terbabit dengan kegiatan itu untuk tindakan selanjutnya. Antara kenderaan yang dilihat sering berada di kawasan ini ialah dari jenis Citra Silver CCH340, Iswara Putih AB JDN9809 dan motosikal RXZ125 yang bernombor pendaftaran CAS7921. Diharap, pihak berkuasa dapat memantau serta membenteras gejala ini agar ia tidak menjadi semakin bertambah parah lagi hendaknya selepas ini.

[Kegiatan perjudian kini sudah menjadi mainan dan adat resam orang Melayu dan umat Islam di negara Malaysia Hadhari ini. Apa sudah jadi dengan dasar Islam yang mahu diterapkan dulu? Segalanya kini musnah belaka, bila kerajaan hanya "cakap tak serupa bikin". Mereka melarang tetapi tidak membenteras. Mereka melarang umat Islam berjudi empat nombor ekor tetapi tidak menutup terus pusat jualan itu. Mereka melarang minum arak tetapi membiarkan arak dijual secara berleluasa di pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan di seluruh negara. Akhirnya, rakyat terutamanya generasi muda yang sudah rosak akhlaknya akan bertambah parah bila tidak ada konsep "Nahi Mungkar" dalam diri pemimpin-pemimpin Melayu yang kononnya mengaku Islam di negara kita hari ini. Akhirnya berlaku anak-anak muda perempuan yang bertudung seperti di atas tetapi masih melakukan kegiatan maksiat seperti berjudi, minum arak, berzina dan gejala sosial yang lainnya. Apakah ini yang dimahukan sangat oleh pemimpin Melayu di negara ini?. Kuasa sudah ada untuk dibenteras, tetapi kehidupan umat Islam kembali ke zaman jahiliah. Maka sia-sia sahaja sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul serta lain-lainnya, bila dasar Islam diperlekehkan begitu sahaja oleh pemimpin yang kononnnya membela Melayu dan Islam di negara ini].

No comments:

Post a Comment