Friday, April 24, 2009

Peragut @ perompak ditangkap hidup-hidup

Peringatan Untuk Peragut Dan Penyamun Yang Lain

Peragut tumpas

Petang tadi lebih kurang kul 5 saya pi rantau panjang, jumpa member jap untuk bincang pasal business. tak sempat habis bincang salah seorang pekerja saya menelefon supaya saya balik dengan segera.. katanya untuk buat pengecaman di balai polis kerana salah seorang peragut yang ditangkap dan dibelasah oleh penduduk kampung berkemungkinan besar yang menyamun stesen minyak saya pada bulan lepas..

eh.. sedih dan kesian pula saya tengok dua peragut bermotor ini.mujur juga kejadian itu berlaku dekat dengan balai polis…Pihak polis cepat sampai,kalau tidak ICU lah jawabnya dua ekor penyamun bermotor ini.. sepandai-pandai tumpai melompat, jatuh juga ke tanah akhirnya… tu la, nak buat kerja haram tak pikir dosa pahala yang mengakibatkan kemurkaan Allah.. apapun Allah nak bagi pengajaran dan peringatan pada dua pencuri ini..

Tengok muka yang sorang tu tak layak langsung buat kerja macam ni… setelah saya tengok betul-betul, mereka berdua bukanlah yang menyamun pekerja saya di stesen minyak pada bulan lepas…
pinkturtle2

No comments:

Post a Comment