Wednesday, December 9, 2009

Pengarah JAIS mabuk kuasa

JAIS Bertindak Lagi

http://www.khalidsamad.com/2009/12/jais-bertindak-lagi.html

Isu penafian tauliah di Selangor terus dipertingkatkan. Baru-baru ini JAIS yang merasakan diri mereka memegang 'franchise' Islam Negeri Selangor telah baru-baru ini memperlekehkan pula Saudara Akhil Hayy dengan kenyataan dari Pengarahnya bahawa Akhil Hayy “cetek ilmu agama”. Dengan kenyataan itu maka sekali gus menyatakan beliau tidak pernah dan tidak akan diberi tauliah untuk mengajar agama di Selangor. Saya tidak berhajat untuk menyentuh perihal peribadi Akhil Hayy yang kebanyakkan dari kita sendiri pun tidak tahu hujung pangkal dan perkara itu juga bukan merupakan alasan mengapa tauliah tidak diberikan.

Maka apakah mungkin, Pengarah JAIS melihat seolah-olahnya beliau sedang berada di satu kedudukan yang begitu kukuh dan merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja dengaan sesuka hatinya tanpa adanya apa-apa implikasi terhadap dirinya. Kuasa yang diperolehinya dirasakannya mutlak tetapi hakikatnya masyarakat sedang menilainya.
Yang Berbahagia Dato'
Mohammed Khusrin bin Haji Munawi
Mohammed Khusrin bin Haji Munawi

Mohammed Khusrin bin Haji Munawi


Pengarah JAIS
Dalam pejabat
2009 – 2011

Melihat tindakan Pengarah JAIS yang seolah-olah mabuk kuasa ini, banyak persoalan yang menjadi tanda tanya:
  1. Sedalam mana ilmu agamanya untuk menempelak Akhil Hayy sebegitu rupa? Bukankah beliau juga hanya berkelulusan ekonomi, seorang pegawai PTD, bekas DO dan pembantu politik kepada Tan Sri Muhammad Taib?
  2. Tidakkah benar bahawa beliau ditarik masuk sebagai Pengarah JAIS pada zaman Khir Toyo dengan tujuan menyekat gerakan dakwah yang sedang giat berkembang di Surau dan Masjid di seluruh Negeri Selangor pada ketika itu yang turut menghasilkan pertambahan sokongan bagi PAS di dalam PRU yang lalu?
  3. Tidakkah benar bahawa beliau juga yang bertindak tegas menguncikan Surau Seksyen 8 selama 8 bulan sehingga ahli Qariyah terpaksa ke Seksyen 11, 6 dan 4 untuk kegiatan keagamaan mereka? Ini dilakukan semata-mata kerana lanjutan dari Ahli Qariyah yang ingin AJK Surau dipilih oleh mereka sendiri. Adakah tindakan seperti ini demi mengukuhkan pegangan ummat Islam kepada agama Islam atau hanya sekadar demi kepentingan politik UMNO?
  4. Tidakkah beliau ingin melihat usaha dakwah berkembang dan tersebar luas, mampu menarik sebanyak mungkin rakyat dari setiap lapisan masyarakat? Tidakkah beliau sedar bahawa orang seperti Akhil Hayy mampu menarik perhatian pemuda pemudi yang tidak tertarik kepada pendekatan ustaz-ustaz yang lain?
  5. Tidakkah beliau sedar bahawa kerja dakwah ini wajib ke atas setiap Muslim? Walaupun dakwah ini perlu dilakukan mengikut kemampuan masing-masing namun ianya perlu diusahakan. Tidakkah beliau sedar bahawa tindakan beliau menyekat usaha dakwah? Adakah itu sahaja kepakaran beliau?
Saya boleh bersetuju dengan tindakan beliau sekiranya Akhil Hayy didapati menyampaikan ajaran salah. Sekiranya tiada dan apa yang disampaikan menepati ajaran Islam maka apa salahnya? Walaupun perkara yang disampaikan adalah basic, mencintai agama, mencintai Allah dan Rasul, namun kaedahnya mungkin lebih menarik bagi sebahagian pihak dari kaedah lain. Latar belakang Akhil Hayy boleh menjadi daya penarik bagi golongan remaja untuk hadir mendengar ucapan-ucapannya. Apakah Pengarah JAIS ini tidak sedar akan masalah sosial yang sedang melanda masyarakat? Ataupun beliau sekadar tidak kisah?

Sekiranya ingin diletakkan KPI kepada Pengarah JAIS yang sediada, amat jelas beliau telah gagal memenuhi keperluan ummat Islam dewasa ini. Beliau tidak mempunyai wawasan dan kaedah yang jelas berhubung cara untuk menarik perhatian ummat Islam, khususnya generasi muda, untuk menghayati Islam dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Beliau juga tidak menunjukkan minat untuk menarik minat orang bukan Islam terhadap kebenaran dan kehebatan Islam. Bukan Akhil Hayy yang sepatutnya dihalang. Sepatutnya beliau yang sepatutnya dihalang dari terus merosakkan imej Islam melalui tindakan-tindakan yang mencerminkan kesempitan akalnya.

Berkaitan: Dr. Asri kecewa JAIS label Akhil Hayy tidak layak berceramah (Utusan)

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

No comments:

Post a Comment