08 January 2010

Salam 2 all.
Kita dikejutkan pagi ini dengan kejadian membaling bom molotov cocktail dibeberapa gereja awal pagi semalam (lihat lapuran dibawah). Saya percaya ini adalah perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja mencari kesempatan di celah-celah kegelisahan umat Islam berkaitan isu kalimah ALLAH yang berlaku baru-baru ini.
Saya telah melawat Gereja Metro Tabernacle Church di Desa Melawati selepas Jumaat tadi dan melihat kesan kebakaran yang agak serius. Menurut kata ketua gereja Pastor Mejar (B) Peter Yeow, kejadian disedari berlaku dalam pukul 12.30 tengah malam tadi bilamana beberapa orang pemuda bermotosikal dilihat membaling molotov cocktail ke arah gereja tersebut yang terletak di celah-celah deretan kedai.
Saya telah meyakinkan pihak penganut Kristian yang ada bahawa ini bukan kerja orang Islam. Kita umat Islam berbangga dengan sejarah kita yang tidak pernah menganggu penganut agama lain, malahan menghormati hak rumah peribadatan mereka.
Kita lihat Rasulullah sendiri berpesan kepada tentera Islam yang pergi berperang supaya jangan ganggu para rahib dan pendita yang sedang beribadat dalam rumah peribadatan mereka. Kita lihat bagaimana kehebatan dan akhlak agung Saidina 'Umar ibnul Khattab yang tidak mengusik synagogue dan gereja di Baitulmaqdis walaupun setelah berjaya dikuasai oleh umat Islam. Kita melihat Sultan Salahauddin Al Ayubi yang menghormati gereja dan salib didalam kawasan Jerusalem walaupun setelah berjaya membuka semula Masjidil Aqsa.
Kita tidak mahu jadi saperti tentera Kristian yang telah membunuh 70,000 umat Islam semasa mereka menawan Masjidil Aqsa dalam perang salib, dan memusnahkan masjid

Sebab itu saya menyeru kepada semua umat Islam di negara ini supaya bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk memburukkan keadaan. Kita masih ada ruang untuk meremedi kemungkaran yang berlaku akibat pencemaran kalimah ALLAH oleh kumpulan Kristian Herald ini. Saya berharap Mahkamah Rayuan akan segera mendengar rayuan kes ini. Saya juga menyeru pihak berkuasa Islam dan para Mufti dan ulama' serta ilmuan Islam segera mengadakan pertemuan dan berdialog dengan kumpulan Kristian ini untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi semua pihak, tanpa berkompromi dalam penggunaan kalimah ALLAH oleh mereka yang tidak mengesakan dan mentauhidkan ALLAH.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
22 Muharram 1431
08 Januari 2010
* Gambar kecil sebuah Masjid di Bosnia yang dibom dan diruntuhkan oleh Kristian Serbia.
########################################################
(Petikan daripada akhbar Harian Metro online hari ini 08.01.2010)
3 gereja di bakar, polis tingkat kawalan ketat di seluruh negara
KUALA LUMPUR: Polis memandang serius cubaan membakar tiga gereja dipercayai didalangi individu tertentu yang terlalu emosi dengan isu berhubung penggunaan kalimah Allah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata dalam kejadian pertama jam 12 tengah malam tadi, sebuah gereja di Taman Melawati terbakar selepas seorang lelaki menunggang motosikal mencampak sebuah topi keledar berisi minyak petrol menyebababkan kerusi dan buku di dalam rumah ibadat itu terbakar. Kejadian kedua berlaku di Petaling Jaya jam 4 pagi apabila seorang lelaki dilihat membaling dipercayai `molotov coctail'. Bagaimanapun cubaan itu gagal apabila botol berkenaan tidak pecah. Kejadian terbaru berlaku jam 8 pagi ini di sebuah gereja di Damansara yang menggunakan modus operandi sama, tetapi gagal. Musa dalam sidang media di Bukit Aman pagi ini berkata, polis sejak jam 6 petang semalam sudah meningkat kawalan ketat sekitar gereja di seluruh negara bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Beliau berkata, sebelum ini polis sudah menerima aduan daripada pihak gereja yang mendakwa menerima panggilan ugutan daripada individu tidak dikenali.
Selain itu katanya, polis juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berhimpun di seluruh negara sekiranya bertinda di luar jangkaan dan mengancam keselamatan negara. “Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk ISA,” katanya.

No comments:
Post a Comment