Thursday, January 7, 2010

Politikkan nama 'Allah'

PAS tuduh Umno politikkan isu nama 'Allah'
Jan 6, 10 11:46am
PAS menuduh Umno menangguk di air keruh dengan mempolitikan isu nama Allah kerana mahu diiktiraf sebagai 'juara rakyat'.

Sehubungan itu, PAS mendesak Umno yang 12 penggal mentadbir Malaysia supaya meminda perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama lain terhadap umat Islam.
http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2008/12/15/SECUBIT_FATWA2_JEJAKFATWAMAP.jpg
“Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad, sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam. PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera,” kata ketua penerangannya, Idris Ahmad..
http://ahfook.krova.com/wp-content/uploads/2008/03/kampung-berembang-surau.jpg
Katanya, PAS juga kesal kerana Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam daripada digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam,” katanya.
http://img152.imageshack.us/img152/1028/masjidbujalhp3.jpg
Dalam satu kenyataan hari ini, Idris turut mengecam Umno yang menurutnya telah bertindak meroboh serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.

Katanya, PAS yakin rakyat turut kesal kerana pemimpin Umno yang tegar mempertahan nama Allah hari ini, masih enggan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur di hadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'.

“Umat Islam juga jelak dengan pemimpin Umno yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi ahli lembaga pengarah syarikat judi dan arak di negara ini.

“Malah Umno juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam yang bekerja di premis arak dan judi,” kata Idris..

Beliau juga mendakwa pemimpin Umno turut bertanggungjawab dalam menekan jabatan-jabatan agama yang melakukan operasi di pusat-pusat hiburan dan maksiat. 'Debat olok-olok'
“Suatu ketika dahulu, Umno pernah mempertikaikan tindakan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) menahan umat Islam yang didapati minum arak secara terbuka di Kelab Malam Zouk di Jalan Ampang.

“PAS dan umat Islam juga belum dapat memaafkan dosa Umno yang menarik bantuan kepada sekolah-sekolah Agama rakyat, yang menyebabkan berpuluh sekolah terpaksa ditutup dan pendidikan agama anak-anak umat Islam disekat.

“Umno juga pernah mencuba untuk menyekat perkembangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan PAS bagi memberikan didikan kepada anak-anak pra-sekolah, malahan PASTI di Melaka telah disaman oleh kerajaan Umno di Melaka,” katanya

Tidak dilupakan juga, katanya, rakaman debat olok-olok yang diadakan oleh Umno bagi mempertikaikan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS.

“Walaupun akhirnya debat itu berjaya menjelaskan kejahilan Umno terhadap Islam, namun rakyat melihat mereka sebenarnya sengaja mempermainkan-mainkan dasar-dasar Islam dalam debat yang dianggap memperolokkan Islam keseluruhannya,” katanya sambil berkata, PAS berharap isu nama Allah akan memberikan keinsafan buat Umno.

Dakwanya, akibat tindak tanduk Umno itu, maka sudah ada orang berani mencabar Islam di negara ini.

“PAS menolak sebarang aktiviti ekstrim dan provokasi melampau dalam isu ini,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment