Wednesday, January 13, 2010

Perkauman dan chauvinist yang sempit

MENYANGGAH MR. NETTOO

12 January 2010

Salam 2 all.

Saya merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Mr. Nettoo yang disiarkan oleh media Malaysiakini semalam 11 Januari 2010 bertajuk "Anwar can no longer ignore the Zulkifli problem". Tulisan beliau menasihatkan DSAI supaya mengambil tindakan memaksa saya "bertaubat" dan menjadi "penyembah" kepada mereka, atau jika enggan, hendaklah dipecat daripada PKR.
http://anilnetto.files.wordpress.com/2008/03/anil8.jpg
Pada saya ini adalah rentetan dan kegelisahan dikalangan golongan anti-Islam yang melihat peluang mereka memperkudakan PKR untuk kepentingan sempit mereka terhalang kerana adanya pejuang yang bersedia berhadapan dengan karenah mereka tanpa khuatir dengan risiko yang dihadapi.

Saya ingin menegaskan kepada Mr. Nettoo dan yang sewaktu dengannya, saya bukannya jenis yang boleh diperas atau diugut dengan kedudukan, habuan atau jawatan. Buat pengetahuan Mr. Nettoo dan yang sewaktu dengannya, semasa semua rakan dan kawan lari bila DSAI dipecat, saya adalah antara orang yang kedepan bersama dengan beliau. Saya hadapi risiko besar, karier guaman saya terjejas teruk, firma saya hampir tutup, saya dikenakan tahanan ISA, lokap menjadi rumah kedua saya, malah sehingga kini saya hidup dalam serba kekurangan. Dan kerana apa semua itu, kerana mempertahankan nilai kemanusiaan, membela yang dizalimi, dan memperjuangkan hak rakyat dan umat. Dan Islamlah yang mengajar dan mendidik saya untuk berjuang tanpa mengenal takut, mengharap habuan dan kedudukan.

Apakah Nettoo dan yang sewaktu dengan beliau fikir saya takut dan gentar dengan ugutan dipecat dari PKR?! Malah saya orang yang pertama menawar mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu untuk ditandingi oleh DSAI sebaik beliau layak bertanding, tetapi beliau menolak atas alasan yang beliau ketahui. Dan siapa yang sehingga hari ini terus mempertahankan DSAI termasuk dalam Parlimen? Malahan esok pagi saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk terus membela dan mempertahankan beliau dalam kes pertuduhan qazaf Mohd. Saiful. Dan saya tidak meminta walau satu sen habuan daripada perjuangan itu, sebagaimana saya dan rakan peguam lain tidak mengambil satu sen pun dari DSAI semasa membela beliau 12 tahun lepas. Dan semua itu saya lakukan atas nama Islam. Islam yang mengajar saya membela manusia yang dizalimi tidak kira siapa. Islam yang mendidik saya bahawa berkata yang haq dihadapan pemimpin yang zalim itu adalah jihad!

Cuma apa yang saya hairan, Mr. Nettoo memilih untuk memutar belitkan fakta dalam mengemukakan pendapatnya. Saya tidak berapa ambil kisah kalau pandangan beliau itu berdasarkan fakta yang benar, tetapi apabila beliau mengambil sikap memutarkan fakta, saya perlu mempertahankan perkara yang sebenar.

Pertama, beliau mendakwa saya menyatakan "Islam sedang diserang" atau "under siege" apabila Mahkamah membenarkan akhbar Herald menggunakan nama ALLAH sebagai gantinama "God" dalam istilah Kristian. Saya tidak pernah menyebut Islam sedang diserang. Apa yang saya pertikaikan ialah keputusan Mahkamah itu adalah bercanggah dengan perlembagaan, terutamanya Artikel 3 dan Artikel 11. Malahan keputusan Mahkamah itu akan mendorong segelintir puak Kristian melakukan jenayah kerana penggunaan perkataan ALLAH dikesemua negeri (kecuali 4) adalah menjadi suatu kesalahan jenayah mengikut undang-undang. Atas sebab itulah Paduka Sultan Selangor mengharamkan bukan Islam menggunakan perkataan ALLAH dalam negeri Selangor. Pandangan saya itu telah saya ulas dengan panjang lebar didalam blog zul4kulim.blogspot.

Saya pun sendiri tidak faham dengan segelintir puak-puak Kristian ini. Mereka berkeras mahu menggunakan perkataan ALLAH sebagai gantinama "god", sedangkan dalam Bahasa Melayu gantinama 'god' adalah "tuhan". Apakah terjejas kepercayaan mereka jika mengguna perkataan "tuhan"? Bukankah Kristian Euro-Amerika sendiri menentang penggunaan nama ALLAH saperti yang berlaku di Belanda sekarang? Apakah Pope di Vatican bersetuju dengan tindak-tanduk mereka? Sehingga ke hari ini saya belum mendengar sebarang komen daripada Pope mereka sendiri. Apakah mereka tidak menghormati pandangan Pope mereka?


Kedua Mr. Nettoo menyatakan saya tidak berkata apa-apa berkaitan pembakaran beberapa gereja beberapa hari ini. Ternyata Mr. Nettoo memilih untuk membutakan mata dan memekakkan telinga tentang fakta bahawa saya antara orang yang terawal melawat Gereja Terbanacle yang mengalami kerusakan serius. Dan saya antara orang yang terawal mengecam tindakan pembakaran tersebut melalui kenyataan dalam blog saya. Tetapi orang saperti Mr. Nettoo bukan berminat kepada kebenaran, hanya pandangan perkauman dan chauvinist yang sempit bagi mengisi agenda kecil beliau!

Beliau juga mengungkit kejadian di program haram anjuran Majlis Peguam. Saya hadir dalam perhimpunan hari itu bersama ribuan umat Islam lain yang tidak puas hati dengan sikap chauvinist dan perkauman yang di amal oleh Majlis Peguam, yang sentiasa mengambil sikap anti Islam. Saya bukan baru dengan Majlis Peguam, saya pernah menjadi ahli Exconya. Saya tahu sikap anti-Islam yang tebal dikalangan mereka. Mereka menyokong penubuhan IFC, mereka menuntut anak Melayu Azlina Jailani dibenarkan murtad dan banyak lagi sikap yang biadap terhadap Islam. Mereka berdegil mahu meneruskan forum membincangkan isu masuk Islam secara terbuka walaupun umat Islam dari segala lapisan, daripada pemandu teksi hingga ke Raja-Raja Melayu membantah. Hinggakan DSAI dan Perdana Menteri sendiri menasihatkan mereka tidak meneruskannya, tetapi mereka dengan sikap ego dan bongkak mereka meneruskannya juga. Pada saya , Majlis Peguam adalah golongan yang bersikap tidak mengerti hidup bertamaddun dan tidak mengerti menghormati hak orang lain.

Mr. Nettoo juga mendakwa saya dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR atas insiden itu. Saya tidak tahu siapa yang menyumbatkan berita palsu itu ke telinga Mr. Nettoo, tetapi apa yang saya tahu Jawatankuasa Disiplin tersebut tidak ada buat sebarang cadangan pun. Malahan isu itu tidak sempat sampai ke peringkat Lembaga Disiplin pun. Apa yang saya tahu, Pengerusi Lembaga Disiplin pada masa itu telah meletak jawatan dan keluar daripada PKR!

Mr. Nettoo juga mendesak supaya saya bertaubat dan memohon maaf secara terbuka dan menjadi penyembah puak-puak chauvinist ini. Dan "toe the party line!". Pertama saya ingin menegaskan saya ini bukan penyembah manusia. Kedua saya hanya akan "toe to the line of Islam". Kalau apa yang parti saya buat adalah selaras dengan Islam, saya akan menjadi orang pertama memperjuang dan mempertahankannya. Tetapi kalau apa yang parti saya lakukan adalah diluar daripada garis sempadan Islam, saya akan menjadi orang yang pertama menegurnya.

Dan apakah atas alasan itu Mr. Nettoo dan yang sewaktu dengannya mahu saya dipecat daripada PKR..?!!

Dan bagi pandangan yang dikemukakan oleh YB Sdr. Azmin Ali yang disiarkan oleh Malaysiakini, saya hanya ingin menyatakan bahawa saya tidak bercadang membuat sebarang ulasan kerana saya masih menghormati persahabatan dengan beliau. Beliau kenal saya siapa, beliau tahu pendirian saya, dan beliau tahu bagaimana saya sedia berkorban untuk seorang kawan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
26 Muharram 1431
12 Januari 2010
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgA9V8ofJEXzNG-01ib467mxsRX_8T0woYxnfCwz_GKvv1bKU_JBEcJPjXadvA2gQ1AvXn86BH_KEH6gYGJThmIeT166EZ3_GZF5UlAABBPsAWlyPcn07r-7VsFV4hyphenhyphenhmRsb6lWQiyUv94/s400/zul.jpg
######################################################

Anwar can no longer ignore the Zulkifli problem
Terence Netto Jan 11, 10 (8:26am)
Anwar Ibrahim's unequivocal statements condemning acts of insensate destruction against churches and those responsible for the climate of opinion that led to such outrages have made him the surpassing Malaysian leader in this time of national crisis. By saying that Muslims in a majority Muslim nation should protect the rights of minorities, Anwar has not only stayed consistent to his frequent espousals of the nobility of the religion he professes; also, he has plumbed for the humanist principle that the strong protect the weak as a matter of course. This is not an easy thing to say for a Muslim leader who is in competition with other Muslim leaders for the support of the Muslim majority in whose midst live a sizeable number of non-Muslims. But Anwar has come out and said it, giving pause to critics who attribute chameleon instincts to a man they claim is adept at saying different things to different audiences, just to win votes.Often, from time immemorial the fault lines spawning conflict in society revolved around the dominant group's treatment of the Other – how the majority in a community or nation viewed the need of minorities for fair treatment and justice. Anwar has had no hesitation in saying that that treatment is a barometer of the state of justice in society. In the present crisis afflicting the nation, Anwar has blamed Umno for creating the climate of opinion that has led to the arson attacks on churches. He has gone further by pinning culpability for the outrages on theUmno-owned newspaper, Utusan Malaysia. In his latest pronouncement, Anwar has fingered the one-time standard bearer of Malay nationalism for stoking the flames of racial and religious mistrust and hatred.On the other side of the political divide, Umno president and Prime Minister Najib Razak has vociferously rejected that Umno is to blame, claiming, against evidence to the contrary, that the party has never been racist or extremist.The public pronouncements of Umno leaders are apparently not quite susceptible to altering influence save that of the ballot box.

Zulkifli must toe the party's line

Pakatan Rakyat's leaders cannot afford to be comparably impervious to public anxiety over threats to their freedom to worship. Thus Anwar Ibrahim can react proactively to this moment of national crisis by persuading PKR's Zulkifli Noordin, the party's Kulim-Bandar Bharu MP, to recant stances he has taken in recently on issues purportedly affecting the Islamic religion. One of them is that the High Court decision allowing Catholic publication Herald to use the term “Allah” was inimical to the security of Muslims. Anwar is on public record as early as December 2007, telling Christian leaders in Petaling Jaya, that since Christian children these days are largely Bahasa Malaysia speaking, they should be allowed to use the term 'Allah' in study and worship. Zulkifli cannot claim ignorance of his leader's stance. He wrongly affects to give the impression that Islam is under siege in Malaysia.He is eccentric in his protestations about alleged threats to Islam in Malaysia and as far as can be seen, has not said anything about the outrages that have taken place in the last few days. Since behaving in a unpardonably disruptive manner towards a Bar Council meeting in 2008, an action for which the PKR disciplinary committee recommended punishment, Zulkifli has proceeded to compound matters instead of taking due heed of his party's forbearance.Anwar, who has led exemplarily in this current national crisis, can shake the dust off the disciplinary committee's stricture and demand the recalcitrant MP publicly recants and toes the party line or ship out. Such action in these straits would enable Anwar to deflect critics who fault him for two-facedness and bring to heel an MP who has become an acute embarrassment.
http://www.malaysiakini.com/news/121628
××

http://media1.malaysiakini.com/138/5131f999d736b226f9185c3817f6bdb9.jpg
Stick to PKR stance, Zulkifli told
Rahmah Ghazali Jan 11, 105:42pm
Critical PKR parliamentarian Zulkifli Noordin has been told to respect the party's stand on the 'Allah' issue, said vice-president Azmin Ali.Speaking to Malaysiakini today, the PKR chief whip said Zuklifli was called up by the party supremo Anwar Ibrahim to clarify the matter at a recent meeting.“After the 'Allah' issue came up, the party had a discussion with Zulkifli and action has been taken (based on that).
At the meeting), he shared his views but the party finally told him to work within the Pakatan Rakyat framework.”Zulkifli, who is the Kulim Bandar-Baru MP, had openly criticised the Kuala Lumpur High Court ruling that allows Christian publicationHerald to use 'Allah' in describing God in its Malay-language section.Known for his strong views, especially on racial and religious matters, the practising Syarie lawyer claimed that the word 'Allah' could be abused by the Christians and eventually confuse Muslims.Things took turn for the worse when Zulkifli challenged Khalid Samad, his fellow Pakatan MP from PAS, to step down and join Chinese-based party DAP for defending the non-Muslim right to use the word 'Allah'.However, PKR issued a statement two days later, welcoming the landmark court decision and calling it “an excellent development (that) should be accepted with an open heart”.Azmin said Zulkifli (right) should work based on consensus whenever issues involve party policies.“Whenever they want to come up with any policy statement, every single member needs to adhere to the principles in PKR,” said Azmin.This also applies to private member's bills for submission in the Dewan Rakyat. Azmin advised Zulkifli to discuss these at a pre-council meeting before pushing for a motion to be debated in Parliament.“Zulkifli has met Anwar (about this) and the party has given very strong views on his statements in the past. But we need to give him a chance because, maybe, he did not know the party policy then. Zulkifli is no stranger to controversy. In 2008, he and several other Malay-based NGOs had barged into a Bar Council meeting, resulting in the PKR disciplinary committee recommending punishment against him. In the last Parliament session, the PKR maverick submitted 20 Islam-related motions, which appeared to contradict the policies of the multi-racial PKR.The motions, among others, were to proclaim that Malaysia is not a secular country, and to suggest that Islamic laws be made independent of the constitution.Azmin said the party is not stopping party representatives from expressing their concern on certain matters.“But when it comes to the party stand or solution, he has to respect it,” he said, adding that Zulkifli has agreed to this.Zulkifli could not be reached for comment either on his mobile phone or via text message.
http://www.malaysiakini.com/news/121680

No comments:

Post a Comment