Wednesday, March 25, 2009

Demokrasi Malaysia dikuburkan

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/watercanontruck.jpg

pentadbiran kuku besi

Malaysia menyaksikan satu lagi kitaran kekerasan dan penindasan dibawah penguasaan Najib Razak. Belumpun secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau sudah pun sanggup bertindak keras dan zalim ke atas rakyat.

Semalam, perhimpunan yang dihadiri 10,000 rakyat terdiri daripada pelbagai bangsa, telah dihujani dengan tembakan gas pemedih mata serta semburan air kimia oleh pihak polis. Kejadian tercetus hanya selepas beberapa minit saya memulakan ucapan diBukit Selambau. Dalam suasana gawat tersebut beberapa orang telah ditahan termasuk Ketua Staff Pejabat saya dan beberapa Ahli Parlimen serta seorang pegawai kanan Menteri Besar Kedah.

Bagi menghalalkan tindakan zalim serta pencabulan hak rakyat malam tadi, pihak berkuasa telah mengistiharkan perhimpunan tersebut sebagai haram. Jelas ianya satu pencabulan undang-undang dimana perhimpunan tersebut telah diadakan di dalam kawasan milik persendirian.

Malam semalam kerajaan yang kini di bawah pengaruh Najib Razak telah menggunakan kuasa kuku besi bagi menyekat kebebasan dan hak rakyat. Semalam juga “Suara Keadilan” dan “Harakah” telah digantung permitnya oleh Menteri Dalam Negeri tanpa alasan yang jelas. Apa yang berlaku mutakhir ini mengingatkan kita kepada sikap dan ciri pemerintahan zalim yang pernah diamalkan beberapa tahun yang lalu, di mana pasukan polis bertindak seumpama gerombolan penceroboh. Media pula terus ditekan dan sesiapa yang ingin menyuarakan ketidakpuasan hati mereka disekat kebebasannya daripada melaporkan kebenaran melalui ugutan penahanan dan sebagainya.

Institusi pentadbiran negara dijalankan dengan cara melanggar garis sempadan undang-undang oleh mereka yang berkepentingan demi mempertahankan kekuasaannya.Sekiranya negara kembali ke era tersebut, ianya akan menyebabkan kemusnahan ke atas negara dan masyarakat antarabangsa pula akan mengecam tindakan zalim tersebut.

Ini juga jelas menunjukkan bahawa tawaran untuk berkerjasama itu adalah merupakan helah Najib semata-mata. Dua minggu lagi Malaysia sekali lagi berdepan dengan 3 pilihanraya kecil. Buat pertama kalinya kesemua pilihanraya kecil itu dijalankan serentak, penipuan dan pengundi hantu akan diupah oleh kerajaan UMNO-BN bagi menewaskan gagasan pembangkang. Namun demikian, kita tetap yakin bahawa rakyat Malaysia akan menyertai referendum ini,sama seperti yang telah ditunjukkan diPermatang pauh dan Kuala Terengganu dimana rakyat menolak penindasan yang diamalkan kerajaan sekarang. Gerakan perubahan kearah pembaharuan di Malaysia akan terus mara kehadapan dan menemui kejayaan

ANWAR IBRAHIM


Kiri, anggota polis FRU melepaskan gas pemedih mata di Malaysia dan kanan
tentera Rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata di Palestin


Kiri, anggota polis FRU gunakan "cotar" halau rakyat berhimpun di Malaysia
kanan, tentera Israel gunakan "cotar" menghalau rakyat di Palestin

Gambar dari http://pahangdaily.blogspot.com/

24th Mac 2009

A phase of repression descended on Malaysia as Najib Razak seizes control of the reins of power, even before officially taking over as Prime Minister, and unleashes his brutality and violence on the people.

Last night, a rally of about 10,000 people from all races was mercilessly attacked by the police with tear gas and acid-laced water cannon minutes after I began my speech in Bukit Selambau. Scores of people were arrested including my chief of staff, MPs, and senior aides to the Chief Minister of Kedah.

To justify their iron hand tactics and blatant violation of the people’s fundamental liberties, the police have claimed that the rally was illegal. These are baseless claims as the event took place on private property and adhered to the rules.

Last night’s show of brute force is but the latest in a series of harsh and dictatorial action by the government under Najib against the people. Also yesterday Suara Keadilan and Harakah were banned by the Home Ministry without any justification. These events only too starkly remind us of the cruel and authoritarian style of leadership under which Malaysians suffered for many years. The police force has become a band of marauders. The press is muzzled and those who speak the truth about the abuses carried out by the ruling clique are arrested, beaten and bullied.

The institutions of governance serve the interests of an elite clique which will exceed all boundaries of the law to retain power. A return to that era would be a disaster for this country and people of conscience around the world should condemn these unscrupulous actions.

It is quite clear that despite his superficial offers for cooperation and bipartisanship, the olive branch which Najib Razak extended to the opposition early this month is really a dagger in disguise.

In two weeks Malaysians will once again return to the polls in three important by-elections. Once again all forms of trickery, cheating and bribery will be employed by the UMNO led BN government in order to defeat the opposition. But we are confident that Malaysians will register a referendum, much like they already have done in Kuala Terengganu and in Permatang Pauh, against the brutal and inhumane policies of the government. The movement for change and reform in Malaysia will push forward and will succeed.

No comments:

Post a Comment