Thursday, January 28, 2010

‘Freemason’ dan ‘Illuminati’ berlegar di JUARA LAGU!?

Hujan Sedih, Alyah Terkejut Dikaitkan Dengan ‘Freemason’
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

EKORAN dikait mengamalkan unsur ‘Freemason’ dan ‘Illuminati’ semasa membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini, dua finalis Alyah dan band Hujan memberikan pandangan mereka.
Salah seorang anggota Hujan, Hang Dimas berkata mereka sedih dengan dakwaan itu manakala Alyah akui terkejut.
“Kami sedih apabila perkara itu menjadi isu. Ada ke patut orang fikir macam ni dengan mencari hubungkait dan membuat andaian.
“Konsep hitam dan putih memang idea daripada Hujan. Sebelum membuat persembahan, kami kena present idea kepada team produksi TV3.
“Ia melibatkan bahagian teknikal. Jadi, takkan 14 artis plan untuk perkara ini. Kami juga tidak dieksploitasi oleh pihak produksi,” katanya yang mendapat tahu perkara itu menerusi sebuah blog.
Persembahan Hujan menerusi lagu Aku Skandal itu didakwa mempunyai unsur ‘Freemason’ apabila Hujan menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.
Dimas berkata, dia turut terkejut dengan pendedahan dalam blog itu dan menjadi isu besar.
Dia berpendapat, blogger itu boleh menulis dan berkata apa-apa sahaja. Walaupun kesal dituduh mengamalkan unsur ‘Freemason’, Hujan hanya tergelak saat diajukan persoalan itu.
Sementara itu, Alyah yang mempertaruhkan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang berkata konsep persembahannya pada malam itu dipengaruhi oleh klip video lagu itu.
“Saya menggunakan konsep ‘muzik elektrik’ dengan mengubah dari klip video kepada persembahan pentas.
“Ikutkan sofa dalam klip video itu berwarna merah dan baju saya berwarna hitam. Tetapi untuk persembahan itu saya ubah kepada sofa putih yang mendapat sponsor.
“Disebabkan saya nak nampak berlainan daripada penari, jadi sebab itu saya memilih baju berwarna merah,” beritahu Alyah ketika dihubungi mStar Online.
Menurut Alyah, dia tidak pernah terfikir tentang ‘Lady In Red’ atau syaitan yang dikaitkan dengan unsur ‘Freemason’.
Dia hanya memilih pakaian berwarna merah rekaan Arma Abdul Rahman itu disebabkan menyukai warna itu.
“Saya pernah dengar yang ‘Lady In Red’ merupakan perantaraan syaitan dan manusia. Tetapi saya memilih pakaian itu tanpa mempunyai maksud terselindung seperti yang orang katakan pakaian itu melambangkan dajal.
“Saya pun baru tahu tentang perkara ini apabila penyanyi Imran Ajmain bertanya kepada saya semasa melakukan promo untuk Konsert Hot FM Big Jam tadi (semalam). Dia hanya menegur saya secara baik,” ujarnya lagi.
Walaupun begitu, Alyah berkata dia tidak akan serik untuk memakai baju berwarna merah lagi untuk melakukan persembahannya.
“Saya memilih pakaian warna merah dengan niat untuk membuat persembahan dan berfesyen. Bukan saya berniat menjadi perantaraan dengan syaitan,” tuturnya.
Tambah Alyah: “Kadangkala perkara ini mempunyai positif dan negatif. Dalam kes ini baru saya tahu yang ia hanya kebetulan dan yang penting saya tak pernah rancang. Sekurang-kurangnya, ia juga telah mengingatkan saya.
“Saya terima perkara ini secara positif dan setinggi mana pun muzik itu, saya perlu berbalik pada asal (agama).
“Saya bimbang juga jika hal ini dibangkitkan dan menimbulkan pergaduhan antara masyarakat Islam.
“Saya berterima kasih kepada pihak yang mendedahkan perkara ini namun diharapkan ia tidak diperbesarkan,” jelas Aliyah.
Dakwaan ini tercetus ekoran pendedahan yang dibuat dalam blog milik seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan, Mohammad Sufian Talib, 22, mengenai unsur-unsur negatif yang ditemui sepanjang majlis itu berlangsung pada 10 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.
Blog jejakitinggalanrasul.blogspot.com itu menunjukkan bukti-bukti gambar gerakan Freemason dan Illuminati yang dikatakan banyak mempunyai persamaan dengan set pentas program yang ditonton oleh 4.6 juta penonton itu.
Menurut sebuah akhbar, Freemason dan Illuminati adalah pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan.
Antara yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason adalah set pentas ketika persembahan Datuk Siti Nurhaliza.
Namun begitu, cubaan mendapatkan komen Siti gagal apabila pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata dia dikhabarkan sedang berada di luar negara.
Sufian juga berkata: “Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?
“Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala ‘Lady In Red’ yang merupakan simbolik yang digunakan dalam menjayakan organisasi ini serta bagaimana mesej bawah sedar digunakan seperti yang dipertontonkan dalam filem Devil’s Advocate, The Matrix dan dokumentari The Arrivals bahagian 13.
“Anda mungkin tahu mengenai The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.”
Sufian yang mewakili kumpulan pengkaji daripada gabungan Jejaki Tinggalan Rasul (JTR), Free Our Mind (FOM) dan Nur Toharah (NT) mengulas persamaan yang ditonjolkan oleh ramai pemain gitar seperti band Hujan dan Bunkface yang menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet.


Freemasonry!

http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/


Ada apa pada AJL 24?


Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;




piramid

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?




Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa? 






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…


3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red

 

Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini. 

youtube (The Arrivals. ap 13)




Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.


Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.



Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.

 
 
di tali gitar
 



 ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface  dan beberapa orang guitarist  yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis. 

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...


*penambahan: 


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.

 
Sekadar penambahan. Terima Kasih.


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

Lagi pasal illuminati

http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/
illuminati juga terdapat di Malaysia!

Ini adalah sebahagian dari kajian dan studi yang dilakukan oleh seorang sahabat saya yang kini berada di Filipina. Selepas anda membaca dan meneliti kajian beliau, mungkin anda akan terfikir, ini mungkin hanya kebetulan semata. Tapi bagi saya, Mungkin ini benar kerana; "sejarah tidak berlalu dengan kebetulan tetapi ia telah telah dirancang untuk dilakukan". Jom kita perhatikan apa yang tertulis di dalam kajian Brother Wan Arief Imran.
---

Mungkin ramai yang tidak percaya teori saya sendiri yang mengatakan bahawa menara kebanggaan kita, menara KLCC adalah salah satu simbol Freemason yang dengan sengaja diletakkan di negara kita supaya kita membangga-banggakan keagungan menara tersebut yang menjadi antara bangunan tertinggi di dunia. Tanpa kita sedari, kita juga telah mengagung-agungkan Freemason dan menjadi pengikut mereka.

Freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama Dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World Order). Selain daripada Freemason, banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang mempunyai misi yang sama seperti Illuminati (Illuminati menggunakan lambang piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones, Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel, Columbia TriStar, etc..) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan menanamkan sifat Dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta mata hati).

Berbalik kepada tajuk, berdasarkan reka bentuk bangunan KLCC, kita dapat lihat secara jelas unsur-unsur Masonic yang digunakan seperti yang terdapat di atas sebuah “Masters’ Carpet” milik Freemason.


 

dua persamaan pertama

Persamaan ketiga (garisan hijau) menunjukkan satu mata yang kuat memerhati selari dengan matahari dan bulan. Secara logiknya, matahari dan bulan berada dalam kedudukan selari di angkasa. Jadi, mata yang telah memerhati pergerakan kita selama ini juga tergantung jauh di angkasa.

RazakSat, satelit terbaru milik Malaysia adalah objek yang paling menepati ciri-ciri all-seeing eye. Berada selari dengan matahari dan bulan di angkasa, satelit ini juga memerhati tiap gerak-geri kita melalui kamera CCTV, internet dan bermacam lagi teknologi. satelit ini jugalah yang menghantar segala maklumat yang telah kita tulis di internet (Facebook) kepada agensi-agensi perisikan seperti CIA dan FBI bagi memantau segala kegiatan kita dan menyenangkan kerja-kerja mereka menghapuskan mereka yang menentang. Lihat sajalah apa yang sudah terjadi kepada Michael ‘Mikaeel’ Jackson yang dibunuh dengan penuh konspirasi setelah memeluk Islam. Berkemungkinan juga artis-artis lain seperti Britney Spears yang pernah berminat untuk mendekati Islam diugut bunuh kerana impak yang mereka boleh bawa kepada dunia Islam adalah sangat besar dan dapat merosakkan plan yang telah mereka rancang sejak sekian lama.

RazakSat (bentuknya juga seakan-akan mempunyai satu mata)








Lain-lain persamaan yang terdapat antara Menara KLCC dan Freemason.



Pedang yang menghubungkan kedua-dua tiang Jachin dan Boaz bakal menjadi senjata penting ketika perang akhir zaman nanti walaupun zaman kita dibanjiri dengan teknologi-teknologi terhebat yang pernah kita saksikan (klik sini jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut kenapa perang akhir zaman akan kembali menggunakan kuda dan pedang dan bukan teknologi-teknologi moden yang telah dan akan dicipta). Selain itu, kaki yang mendokong jambatan KLCC juga sangat menyerupai logo Freemason! Kedua-duanye mempunyai bentuk yang lebih runcing di bahagian bawah dan dicantum keduanya dengan satu bulatan di tengah.



 


Inilah bukti-bukti yang sangat besar dan jelas yang menunjukkan negara kita masih dibawah jajahan kafir laknatullah. Kita selama ini telah dibutakan dengan tipu daya syaitan. Sesungguhnya dajjal telah berjaya menanamkan sifatnya dalam diri kita. Dia telah berjaya membutakan mata hati kita. Tanpa mata hati, kita akan sesat walaupun mata penglihatan kekal celik.

Segala keterangan di atas juga telah membuktikan perisiwa 9/11 juga telah lama menjadi rancangan pihak Yahudi dan Amerika. Menara WTC di New York dirobohkan hanya beberapa tahun selepas siapnya menara KLCC. Mungkin ramai tertanya kenapa Malaysia dipilih untuk ditanam unsur-unsur ini bukan negar-negara lain yang lebih maju seperti Jepun. Ini kerana mereka gerun dengan semangat Islam yang sedang membongkar kejahatan si Dajjal laknatullah ini. Mereka sudah menjajah negara-negara timur tengah dengan kakayaan tanpa had dan ini membuktikan mereka sedang mencucuk jarum penjajahan kedalam diri kita yang berada di timur jauh  (kepulauan Melayu adalah komuniti islam terbesar di dunia selepas timur tengah) dengan sangat perlahan. Singapura telah berjaya mereka kawal. Brunei juga dikawal dengan wang seperti di timur tengah. Hanya Indonesia dan Malaysia yang sengaja dilaga-lagakan demi kepentingan mereka menghancurkan perpaduan kaum Muslim dan sesama Melayu.

Sekian, jika ada silap dan salah harap ditegur dan dimaafi diri manusia yang tak sempurna ini. Segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. wAllahua’lam.
 ---

ini sedikit komentar yang ditujukan kepada Wan Arief Imran:
dari pqpqpq

im quite confused bout ur artikel..kalo yg twin tower tu make sense la kalo nk kaitkan ngan freemason....tpi...jejantas(ke jejambat?..lol) tu kalo xde support bole jtuh....kalo pon boleh,tpi x tahan lama psal metal fatigue...kalo buat arc kos metal tu mhl..so...pling murah teknik ni je bole....nnti jdi tragedi Schipol 1992 plak(tahu x?)...

just my opinion,kalo salah mintak diteguri....


Jwpn WanAriefImran 
alright. terima kasih sebab bertanya.
KLCC pd asalnya kalau tak silap saya berdasarkan apa yg saya tengok di tv, direka tanpa jambatan. tapi utk mengelakkan perkara tak diingini berlaku, mereka telah meletakkan jambatan yg mudah 'bergerak' bila ditiup angin.

ini sebenarnya satu konsep fizik yg simple. permukaan yg kecil memberi tekanan yg lebih besar jika dibandingkan dengan permukaan yg lebih besar. bandingkan antara kasut tumit tinggi dan kasut-kasut biasa yg lain. bandingkan juga antara bhgn depan dan belakang pisau. yg mane lebih senang utk memotong?

jadi, instead of menggunakan design yg lebar di bawah berbanding di atas, kenapa mereka menggunakan design yg lebih banyak memberi tekanan kpd kedua bangunan (tirus di bawah)? utk mengurangkan tekanan tersebut, mereka telah mengecilkan sedikit bhgn atas. jika alasan yg mereka berikan adalah 'utk memberikan pergerakan yg lebih bebas bila ditiup angin', sebenarnya kedua-dua design tersebut tidak memberikan perbezaan dari segi pergerakan.

diharap jawapan yg saya berikan ini dapat memuaskan hati saudara dan dapat membuka lagi rantai-rantai misteri di sekelilng kita.

jika ada silap dan salah, harap ditegur. saya bukan seorang designer bangunan dan hanya berusia 18 tahun.

[Schiphol 1992? which incident/accident was it? El Al cargo jet crashed in Amsterdam on my very first birthday (october 4th)? the plane that contains depleted uranium. that's the only accident I can find in the internet about Schiphol 1992. thanks for the information though.]


Ditulis Oleh: Wan Arief Imran
Edit Oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin talib
BA Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
AL al-Bayt University Jordan



1 comment:

  1. sekadar berkongsi pandangan, adakah gmbar piramid tu mase artis prempuan yg buat show? jika benar, piramid yg mnghadap kebawah merupakan simbol bg permpan dalam illuminati kalau atas ia nya bg lelaki

    ReplyDelete