Wednesday, April 22, 2009

Masih ramai artis-artis veteran yang layak

zahida rafik dan noryn aziz

beautifulnara.com

Zahida Rafik Dan Noryn Aziz Dapat Anugerah AMN, Apa Kejadahnya?

Wah, wah, wah dan wah wah lagi. Tak tau kami nak cakap apa lagi bila mendengar berita yang Zahida Rafik dan Noryn Aziz mendapat Anugerah AMN dari Sultan Selangor semalam. What did both of them do to deserve it?(cakap omputih sikit sekali sekala).

Mungkin ada yang cakap Noryn Aziz memang layak sebab dia pernah menang banyak anugerah di Pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu.

Noryn membawa pulang tiga pingat emas dan satu perak menerusi kategori pop, R&B jazz, komposisi asli serta broadway, selain dinobatkan sebagai Penyanyi Pop Terbaik.

Tapi apa pulak yang telah dilakukan oleh Zahida Rafik selain daripada membedah mukanya menjadi lebih plastik? Mungkinkah Zahida Rafik ada bagi tips-tips kecantikan kot.

Kami sesungguhnya tak menyokong dan membantah sama sekali pemberian anugerah yang sebegini kepada artis-artis Malaysia yang tak layak. Masih ramai artis-artis veteran yang benar-benar layak dan sesuai menerima anugerah setinggi ini.

No comments:

Post a Comment