Thursday, April 30, 2009

Muflis berbogel

Si Muflis berbogel di Dubai
1426.blogspot.com
April 29, 2009

Begitulah cerita dari sebuah akhbar berbahasa Arab.

Mat Salleh ini, beberapa hari sebelum kejadian yang tidak diingini ini berlaku adalah jutawan yang mempunyai segala-galanya. Villa besar, beberapa kereta mewah, saham-saham di Bursa Dubai, keluarga yang bahagia dan banyak syarikat termasuk dalam sektor hartanah.

Tiba-tiba kemelut dan krisis ekonomi membogelkan realiti. Anak-anak terpaksa diberhentikan dari sekolah, villa, kereta tergadai, syarikat-syarikat bungkus, saham-saham terus jatuh ke paras negatif.

Dia dan keluarganya kini MEREMPAT, homeless dan penniless..malah berhutang lagi!

Maka, sebagai protes kepada bala dan malang yang menghimpit, dia mengambil keputusan untuk membogelkan semua untuk ditontoni khalayak.

Dia tidak mahu simpati, dia mahu masuk penjara sebab semuanya PERCUMA dan dia selamat dalam penjara...termasuk diberi pakaian dan penginapan yang dikawal rapi dari along-along yang mahu menyiat-nyiat tubuhnya!

(Nota kaki - Tiada undang-undang muflis di UAE...cuma masuk penjara kalau tidak bayar hutang, cek tendang...dan penjara di Dubai macam hotel 3 bintang gitu, bebas...siap ada wi-fi dan buat urusan niaga melalui Internet dan telefon..pernah masuk sebagai tetamu dengan Yusuf Islam untuk berceramah...:)-

No comments:

Post a Comment