Wednesday, April 22, 2009

A slap... and all hell breaks loose

Apr 21, 09 3:41pm
malaysiakini

What started as a minor misunderstanding in school had nearly turned into a full-blown riot when an angry mob of about 1,000 laid siege to the Pekan Nanas police station in Johor yesterday.
  • Grandson of MCA leader
  • Father and teacher brawl
Apa yang pada mulanya hanya satu salah faham kecil yang berlaku di sebuah sekolah, hampir mencetuskan rusuhan apabila kira-kira 1,000 yang naik angin dan bertindak mengepung balai polis Pekan Nanas di Johor malam tadi.

Apa yang pada mulanya hanya merupakan salahfaham kecil yang berlaku di sebuah sekolah, hampir mencetuskan rusuhan apabila kira-kira 1,000 yang naik angin dan bertindak mengepung balai polis Pekan Nanas di Johor semalam.

crowd surround pekan nenas police station 210409 nanyangMenurut laporan media, balai polis itu dikunci dan sekumpulan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan untuk menghalang orang ramai daripada masuk ke dalam balai.

Insiden pada jam 7.30 malam tadi itu juga menyebabkan lalulintas di kawasan tersebut terjejas teruk.

Ketua CID Johor, Amer Awal berkata masalah itu bermula di SMK Pekan Nanas di mana seorang pelajar tingkatan satu telah ditampar oleh seorang pelajar tingkatan lima selepas dia secara tidak sengaja terlanggar bahu pelajara berkenaan.

Juga dilaporkan ialah pelajar tingkatan satu itu adalah cucu kepada seorang pemimpin MCA di situ.

Berikutan itu, bapa pelajar tingkatan satu itu membawa tiga rakannya ke sekolah berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu, tetapi dihalang oleh seorang guru, yang dipercayai bapa kepada pelajar yang seorang lagi.

Berikutan itu dilaporkan berlaku pergaduhan antara kedua-duanya, dan guru berkenaan kemudiannya membuat laporan polis, mendakwa dia mengalami kecederaan di muka, dada dan bahagian belakang.

Bapa pelajar ditahan


Polis kemudiannya menahan bapa pelajar tingkatan satu itu apabila dia datang membuat laporan laporan polis di balai Pekan Nanas.

Apabila berita mengenainya tersebar, maka rakan-rakan guru berkenaan dan sanak saudaranya mula berhimpun di balai polis tersebut.

Pergelutan berlaku antara orang ramai yang berhimpun di situ dengan anggota polis apabila bapa pelajar tingkatan satu itu hendak dipindahkan ke ibupejabat polis daerah Pontian.

Mereka cuba menghalang van polis yang membawanya, keluar dari situ, termasuk bertindak membaling objek ke arah kenderaan tersebut, mengakibatkan salah satu tingkapnya pecah.

Polis sedang menyiasat insiden pelajar ditampar di sekolah itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan manakala bapa pelajar tingkatan satu itu disiasat atas dakwaan menceroboh dan melakukan kesalahan secara berkumpulan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jeck Seng; ADUN Pekan Nanas, Tang Nai Soon dan ADUN Kukup, Md Othman Yusof turut berkejar ke tempat kejadian untuk menenangkan keadaan.

Ekoran insiden tersebut, SMS tersebar di kalangan penduduk Pekan Nanas supaya jangan keluar dari rumah ekoran kemungkinan berlaku kekecohan.

No comments:

Post a Comment